Pendaftaran Calon Peperiksaan PMR 2010 Negeri Melaka. Pendaftaran PMR secara online telah dibatalkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM. Sehubungan dengan itu semua SU Peperiksaan PMR sekolah-sekolah menengah negeri Melaka hendaklah mendaftarkan calon-calon PMR 2010 mengikut kaedah offline, seperti pada tahun-tahun yang lepas.Semua SU Peperiksaan PMR sekolah diminta mengambil. CD Aplikasi Pendaftaran PMR versi 2010 di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing dengan kadar segera.Surat arahan mengambil CD Aplikasi dan jadual kerja pengurusan peperiksaan PMR sepanjang tahun 2010 ada dibekalkan bersama-sama CD Aplikasi Pendaftaran tersebut. Bagi sekolah-sekolah swasta dan sekolah persendirian diminta dapatkan CD Aplikasi di Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Melaka, Bukit Beruang. Sebarang masalah berkaitan dengan CD Aplikasi dan proses pendaftaran PMR 2010, sila berhubung dengan pegawai SPP JPN Melaka, En. Azhar bin Md.Nor (PP), En. Ibrahim bin Talib (PY) dan En. Zulkifli (PT). Kerjasama dan tindakan segera pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian. Wasallam. PP SPP JPN Melaka.