KAJI SELIDIK PENILAIAN SISTEM PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI SECARA ONLINE Kepada sekolah-sekolah berikut. 1. SJKC Chung Hwa 2. SJKC Chiao Chee 3. SJKC Merlimau 4. SK Asahan 5. Sk Chinchin 6. SK Masjid Baru 7. Sk Terentang 8. SMK Jasin 9. SK Sungai Rambai Merujuk kepada perkara di atas dan susulan kepada email lalu bertarikh 08.11. 2011. Kami dapati JPWP, JPN Melaka, JPN Sarawak, JP Putrajaya dan beberapa yang lain telah gagal kami hubungi melalui email kerana sebab-sebab teknikal. Bersama-sama ini saya sertakan semula dokumen dalam bentuk aplikasi excel yang mengandungi perkara berikut: 1. Senarai ID dan Password murid (yang telah dihantar pada 8.11. 2011); 2. Senarai ID dan Password guru (belum disertakan sebelum ini) 3. Senarai ID dan Password Guru besar dan Pengetua (belum disertakan sebelum ini) Untuk makluman tuan senarai murid, guru, guru besar/pengetua adalah daripada sekolah sama yang telah terpilih untuk kaji selidik ini. Pejabat Pengurusan Projek (PMO) sangat mengharapkan urusan ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera memandangkan keadaan kesuntukan masa dan cuti sekolah tidak lama lagi. Kami juga mengalukan-alukan kreativiti dan inisiatif JPN, PPD dan sekolah bagi memastikan kaji selidik dapat dijalankan bagi mendapat input berguna untuk penilaian sistem pendidikan peringkat negeri. Sila layari Portal Rasmi KPM dan IAB untuk aksess kepada pautan atau terus kepada alamat: http://202.186.27.187/pmo PMO juga sangat mengalu-alukan sebarang pertanyaan daripada tuan atau kakitangan tuan sekiranya ada kesamaran atau ketidakjelasan maklumat yang disediakan. Sila hubungi 1. Dr. Mohamed Yusoff (0192246311) 2. Dr Rosli Yaakob (0163282909) 3. Dr. Habibah Abd. Rahim (0122360706) sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. PMO KPM * Email yang mengandungi katalaluan dan password telah saya hantar pagi tadi. Sila hubungi saya jika email tersebut tidak diperolehi. Mohd Nasir b Husin Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (ICT) PPD Jasin Melaka.