Assalammualaikum Semua Pengetua dan Guru Besar, Sila pastikan perkara-perkara ini dilakukan sebelum menerima sesiapa sahaja yang mengaku bahawa individu tersebut adalah syarikat yang dilantik untuk melaksanakan projek 1 BestariNet ; -Sila pastikan bahawa syarikat/wakil telah memaklumkan kepada JPM/PPD sebelum memasuki kawasan sekolah. -Pihak syarikat/wakil telah membuat temujanji dengan Guru Besar/Pengetua sekolah berkaitan untuk apa-apa aktiviti. -Memastikan berpakaian kemas dan baju/vest dan sebagainya yang dipakai mestilah mempunyai lambang/tertera nama syarikat berkenaan. -Mempunyai tag nama yang menunjukkan bahawa mereka adalah wakil daripada syarikat yang berkaitan. -Sepanjang aktiviti yang dilakukan di premis sekolah hendaklah dipantau oleh Pengetua/Guru Besar/wakil yang dilantik oleh pihak sekolah. -Tidak membenarkan apa-apa sahaja peralatan ICT dan lain-lain dibawa keluar daripada kawasan sekolah. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang meragukan sila hubungi pihak Polis dan JPM atau PPD Jasin dengan segera. Harap Maklum. Mohd Nasir b Husin