Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua di atas usaha yang berterusan ke arah memartabatkan penggunaan ict di negeri Melaka ini. Saya selaku Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Isa b Haji Abu, Pengarah Pelajaran Melaka yang sentiasa meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap sektor ini dalam merapatkan proses dan sistem penyampaian maklumat ke sekolah-sekolah.

Sektor Jaminan Kualiti bersama-sama Unit ICT dan Maklumat PPD Jasin telah membina laman Pemantauan Sekolah Angkat ini bertujuan merekodkan segala bentuk pemantauan sekolah angkat bagi diletakkan dalam pangkalan data di dalam server agar segala data yang dimasukkan dapat diproses dengan kadar segera dan tepat.

Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua dan selamat datang ke Laman Pemantauan Sekolah Angkat Jabatan Pelajaran Melaka. Sila log masuk terlebih dahulu untuk mencatatkan laporan.

Sekolah Cemerlang, Pegawai Gemilang, JPM Terbilang!


Tn Hj Abd Rahman b Abd Majid
Ketua Sektor Jaminan Kualiti
Jabatan Pelajaran Melaka
24 April 2010 - 10 Jamadil awal 1431H




Unit ICT dan Maklumat PPD Jasin tidak bertanggungjawab di atas segala kerosakkan, kehilangan dan masalah semasa melayari Laman Web Kami.
Hakcipta Terpelihara Mei 2010