Pejabat Pelajaran Daerah Jasin
Jalan Pegawai 77000 Jasin, Melaka
Tel : 06-529 2878 / 2664 / 6901
Faks :06-529 1037 (Pejabat Am) & 5293932 (Unit Kewangan)
Email : ppdjasin@ppdjasin.edu.my
EN YUSOF BIN AHMAD
(TUAN PPD JASIN)
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JPN MELAKA
GARIS PANDUAN PEMBACAAN BUKU
Garis Panduan Pembacaan Buku Untuk LDP "SCHOOL BASE" KLIK DI SINI untuk muat turun
QNET TERKINI ( APRIL 2009)
Bahan Taklimat KS Akademik, JPM. KLIK DI SINI untuk muat turun
JOM EMEL WARGA PPD
Senarai Emel Pegawai & Staff PPD Jasin. KLIK DI SINI untuk muat turun
JAM PORTAL E-RAJIN
Dapatkan kaunter PERCUMA di Cgi2yoU.com <<<<|Pengunjung|>>>>
Sejak 01 Oktober 2006
WAKTU OPERASI PPD
ISNIN - KHAMIS:
07.30 PAGI - 01.00 TENGAHARI
02.00 - 05.30 PETANG
JUMAAT
07.30 PAGI - 12.15 TENGAHARI
02.45 - 05.30 PETANG
SABTU & AHAD:
TUTUP
KALENDER 2010
LAMAN PILIHAN
LAMAN PILIHAN (SEKOLAH)
LIVE WEB CAM/ CAMERA
Saksikan keadaan trafik/ lalulintas kenderaan di Jambatan Pulau Pinang (Snapshot) / (Video) dan
Lembah Klang
IKLAN D PORTAL E-RAJIN
Anda boleh mengiklankan sebarang perkhidmatan atau produk anda di laman ini. Kami akan membantu mempromosikannya. Sila hubungi Webmaster untuk maklumat lanjut.
CUACA DI MELAKA
SEMAK DAFTAR PEMILIH

:: MAKLUMAN SEMASA
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2010

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Daerah Jasin

Mohon kerjasama mengambil tindakan terhadap Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2010 bertarikh 5 Mac 2010 daripada portal PPD Jasin.

Sekian, terima kasih.

(Sumber : En. Tuah bin Talip ( KU HEM, PPD Jasin ))
 
Tinjauan Awal Pelaksanaan Dasar Setiap Murid Mengambil Sekurang-Kurangnya Satu Sukan dan Ketetapan Menyanyikan Lagu Tema Sukan Malaysia XIII Melaka 2010

Kepada semua sekolah di daerah Jasin.
Sila ambil bahan-bahan tersebut dari peti surat sekolah di PPD Jasin.
Sekian, terima kasih.

 



 

(Sumber : Unit Sukan PPD Jasin)
 
PERTANDINGAN MEREKABENTUK LAMAN WEB FALAK/ASTRONOMI SEKOLAH MENENGAH
TARIKH-TARIKH PENTING PERTANDINGAN
 
 
i)          Penyertaan : 3 Mac 2010 – 9 Mac 2010
ii)          Bengkel Pembangunan Laman Web : 13 Mac 2010, jam 8.00 pagi – 5.00 ptg di  Makmal Komputer Universiti Multimedia Bukit Beruang
iii)         Tarikh Pertandingan : 13 Mac 2010 – 8 Mei 2010
iv)         Penghakiman : 10-14 Mei 2010
v)         Penyampaian Hadiah : 21 Mei 2010

Sila lihat makluman tambahan DISINI

(Sumber : En. Saahari Mat Dali - Unit ICT & Pengkomputeran)
 
Minit Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan Kejohanan Balapan & Padang MSS Kawasan Jasin

Sila muat turun minit mesyuarat tersebut.

Sekian.

 

 

(Sumber : Unit Sukan PPD Jasin)
 
DATA BAGI BENGKEL AKAUN SEKOLAH TAHUN 2010

SILA SEMAK EMAIL (DATA/MAKLUMAT PENGURUSAN AKAUN SEKOLAH)

KEPADA  SEKOLAH YANG BERIKUT:

1.SK AIR BARUK

2.SK JASIN

3.SK KESANG TUA

4.SK MERLIMAU 1

5.SK PULAI

6.SMK DANG ANUM

7.SMK SERI MAHKOTA

8.SMK NYALAS

9.SJKT MERLIMAU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI UNIT KEWANGAN PPD JASIN.

SEKIAN TERIMA KASIH.

(Sumber : UNIT KEWANGAN)
 
Pesanan kepada semua Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah Menengah yang akan menghadiri Taklimat Perubahan Teks Komsas pada 11 Mac 2010 di BTPN

Sila bawa bahan-bahan yang berikut semasa menghadiri taklimat di atas.
1. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
3. Buku Teks Komsas Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
4. Komputer riba

Kerjasama tuan/puan dipohon agar dapat memanjangkan pesanan di atas kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu di sekolah masing-masing.
Terima kasih.

(Sumber : JPM)
 
Aturcara, Pelan Padang dan Pelan Letak Kereta Untuk Kejohanan Balapan & Padang MSS Kawasan Jasin 2010

Kepada semua sekolah-sekolah MSS Kawasan Jasin. Sila muat turun perkara tersebut..

Sekian, terima kasih.

(Sumber : Unit Sukan PPD Jasin)
 
PENGHANTARAN LAPORAN AEDES BULAN FEBRUARI 2010

TAHNIAH dan SYABAS kepada Pengetua  dan Guru Besar sekolah-sekolah yang tersenarai kerana telah menghantar laporan di atas dengan segera.
1.    SMK Datuk Bendahara - 1/3/2010
2.    SK Jasin - 1/3/2010
3.    SK Seri Machap - 1/3/2010
4.    SK Batu Gajah - 1/3/2010
5.    SK Datuk Haji Baginda - 1/3/2010
6.    SJK C Chiao Chee - 1/3/2010
7.    SJK C Jasin Lalang - 1/3/2010
8.    SJK C Parit Keliling - 1/3/2010
9.    SK Kemendor - 2/3/2010
10.  SK Nyalas - 2/3/2010
11.  SK Tehel - 2/3/2010
12.  SK Merlimau 2 - 2/3/2010
13.  SK Pulai - 2/3/2010
14.  SK Sebatu - 2/3/2010
15.  SJK C Pondok Batang - 2/3/2010
16.  SJK C Toon Hua - 2/3/2010
17.  SJK T Jasin - 2/3/2010
18.  SK Air Baruk - 3/3/2010
19.  SJK C Pay Yap - 3/3/2010
20.  SR Arab Jaim Merlimau Pasir - 3/3/2010
21.  SK Seri Lanang - 4/3/2010
22.  SK Merlimau 1 - 4/3/2010
23.  SJK T Merlimau - 4/3/2010 24. SJK C Simpang Bekoh - 3/3/2010

Terima kasih.  

(Sumber : En. Zainuddin B. Abdullah/ Penyelia HEM PPD Jasin)
 
PERANCANGAN 3K

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

TAHNIAH dan SYABAS kepada sekolah-sekolah yang tersenarai kerana berjaya menghantar sesalinan perancangan 3K dengan pantas ke Unit Hem PPD Jasin.
1.   SK Parit Gantong - 19/2/10
2.   SK F Bukit Senggeh - 26/2/10
3.   SK Chohong - 1/3/10
4.   SK Masjid Baru - 1/3/10
5.   SK Merlimau 2 - 1/3/10
6.   SK Seri Lanang - 1/3/10
7.   SK Datuk Haji Baginda - 1/3/10
8.   SK Batu Gajah - 1/3/10
9.   SK Sungai Rambai - 1/3/10
10. SRA Jaim Selandar - 1/3/10
11. SJK C Simpang Bekoh - 1/3/10
12. SJK C Kemendor - 1/3/10
13. SJK C Chiao Chee - 1/3/10
14. SJK C Merlimau - 1/3/10
15. SJK C Toon Hua - 1/3/10
16. SJK C Pay Min - 1/3/10
17. SK Chenderah - 2/3/10
18. SK Chohong - 2/3/10
19. SJK C Parit Keliling - 2/3/10
20. SJK C Pondok Batang - 2/3/10

Dipohon jasa baik Guru Besar dan Pengetua sekolah-sekolah yang tidak tersenarai agar dapat mengarahkan guru yang berkenaan untuk menghantar sesalinan program 3K yang dirancang dengan segera ke Unit HEM PPD Jasin (UP En. Zainuddin Abdullah).

Terima kasih.

(Sumber : En. Zainuddin B. Abdullah/Penyelia HEM PPD Jasin)
 
DATA BTBTR 190 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS TAHUN 2010

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua Sekolah Rendah dan Menengah di Daerah Jasin kerana telah berjaya menghantar Borang Komputer BTBTR 190 dan sembilan borang Lampiran ke PPD Jasin pada waktu yang ditetapkan.

Diharapkan kerjasama dan kepantasan sekolah untuk bertindak dapat dipertingkatkan lagi.

Terima kasih.

(Sumber : En. Zainuddin B. Abdullah/Penyelia HEM PPDJ)
 
Pengumpulan Data Pendaftaran UPSR 2010

Sehubungan itu, Setiausaha Peperiksaan sekolah diminta menghadiri taklimat tersebut pada ketetapan berikut :

Kawasan Jasin

Tarikh             : 8 MAC 2010 ( Isnin )
Masa              : 2.00 hingga 3.30 Petang ( SK dan SABK )
                        : 3.30 hingga 5.00 Petang ( SJKC dan SJKT )
Tempat          : Bilik Gerakan , PPD Jasin

Kawasan Merlimau

Tarikh             : 9 MAC 2010 ( Selasa )
Masa              : 2.00 hingga 5.00 Petang
Tempat          : Makmal Komputer , SK Merlimau 1

Sila rujuk e-siaran untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih.

(Sumber : Pn. Lau Chek New)
 
QNet JPN Melaka Online

Kepada semua sekolah di daerah ini sila masukkan markah Ujian 1 mengikut ketetapan berikut:

Sekolah rendah : Sebelum 12 Mac 2010
Sekolah menengah : Sebelum 26 Mac 2010

Untuk makluman QNet online akan dipantau oleh Unit Pengarah dan Sektor Pengurusan Akademik JPN. Bagi sekolah yang masih belum atau gagal bertindak sila hubungi Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Melaka (bagi kehilangan katalaluan dan password dan kegagalan masuk ke web JPN Melaka). Harap ambil tindakan sewajarnya.

(Sumber : En Abdullah b Hj Abd Wahid)
 
Pendaftaran PTK Sesi Jun Tahun 2010

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Jasin

Sekolah-sekolah hendaklah menghantar pendaftaran PTK bagi calon-calon sekolah tuan/puan ke PPD Jasin sebelum 15 Mac 2010.  Berikut adalah bahan yang perlu dihantar ke PPD Jasin :

1. Disket yang mengandungi Data Pendaftaran
2. Senarai Pengesahan Calon [ PTK/SPC(S) ]
3. Senarai Calon Memangku [ PTK/SCM ]
4. Rumusan Pendaftaran Calon Mengikut Kertas [ PTK/RPC ]
5. Rumusan Calon Yang Layak Menduduki [ PTK/RCL(S) ]
6. Borang Calon Buta / Rabun [ PTK/CR ] - sekiranya ada.

Sekian, terima kasih.
(Sumber : Pn. Lau Chek New ( Pegawai Peperiksaan, PPD Jasin ))
 
Borang Pendaftaran Peperiksaan SPM 2010 ( Calon Persendirian )

Borang Pendaftaran Peperiksaan SPM 2010 ( Calon Persendirian ) kini boleh didapati di PPD Jasin dan JPN Melaka ( Sektor Penilaian & Peperiksaan ) . Tarikh Pendaftaran adalah mulai 1 Mac - 31 Mac 2010.

1. Borang Pendaftaran SPM (U) 2010 - ( BM dan Matematik sahaja )
2. Borang Pendaftaran SPM 2010 - ( Semua Matapelajaran )

Tempat Pendaftaran : Sektor Penilaian & Peperiksaan, JPN Melaka

(Sumber : Unit Penilaian & Peperiksaan, PPD Jasin)
 
Pegawai Yang Mendaftar PTK Tetapi Terlibat Menghadiri Kursus Di IPGM Atau Acara Sukan Anjuran MSSM Tahun 2010

Pengetua/Guru Besar,

Mohon kerjasama pihak tuan agar memaklumkan kepada PPD Jasin nama guru yang terlibat dengan kursus di IPGM atau acara sukan di bawah anjuran MSSM serta berada di luar kawasan  dan pada tarikh yang sama mereka telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan PTK Sesi Jun 2010.

Sila rujuk e-Siaran untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.

(Sumber : Pn. Lau Chek New)
 
GARIS PANDUAN PEMBACAAN BUKU UNTUK LDP "SCHOOL BASED"

Semua sekolah diminta muat turun di ruang siaran on line atau pada ruang muat turun portal PPD Jasin.

(Sumber : Unit Latihan)
 
SIJIL KURSUS LDP "SCHOOL BASED" TAHUN 2009

Kepada,

Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Jasin (KECUALI SABK, SMT DAN SBPI).

Sila arahkan PT untuk mengambil sijil tersebut di PPD (rujuk En. Rauf). Edarkan kepada semua guru yang telah mengikuti kursus LDP pada tahun 2009. Sila rekodkan penerima dan no sijil yang diedarkan kepada guru-guru.

Sekian terima kasih.

(Sumber : Mohd Masa'ud Marzuki Unit Latihan)
 
Pendaftaran PTK (Penilaian Pemahaman) Untuk Gred DGA 34 ( Calon Baru )

Pendaftaran tersebut hendaklah dibuat secara 'offline' dengan menggunakan borang yang di muat turun dari portal BPPK, KPM iaitu Borang Pendaftaran Yang Tiada Akses Internet. Borang tersebut hendaklah dihantar terus ke BPPK, KPM Cyberjaya.

(Sumber : Pn Lau Chek New)
 
Kursus Peningkatan Bahasa Inggeris Untuk Guru-guru Pendidikan Prasekolah Daerah Jasin 2010

Guru-Guru Prasekolah,
Sekolah-Sekolah Daerah Jasin,

Sehubungan itu, tuan/puan diminta menghadiri kursus tersebut pada ketetapan berikut :

Kawasan Jasin
Tarikh              : 9 Mac 2010 ( Selasa )
Masa               : 2.00 - 5.00 Petang
Tempat           : Pusat Kegiatan Guru Jasin ( PKG 11)

Kawasan Merlimau
Tarikh              : 11 Mac 2010 ( Khamis )
Masa               : 2.00 - 5.00 Petang
Tempat            : Pusat Kegiatan Guru Serkam ( PKG 14 )

Tuan/Puan juga diminta untuk membawa bahan-bahan berikut ke kursus tersebut :

1) Dokumen Standard Prasekolah  (Draf)
2) Panduan Guru Pelaksanaan KSPK

Sekian, terima kasih.

(Sumber : Tn. Hj Abbas bin Hj. Aman)
 
.:: Siaran On-line - (Minggu Semasa)
v Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5 2010 Pelaksanaan Sistem Pilihanraya Ketua Murid Di sekolah : 09/03/2010(5:03:11 PM)
v Bengkel Pemimpin 1 "Ujian Pra Perlantikan Dan Ujian Lencana Kecekapan" : 09/03/2010(2:58:16 PM)
v PERTANDINGAN MEREKABENTUK LAMAN WEB FALAK/ASTRONOMI SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA TAHUN 2010 : 09/03/2010(2:24:20 PM)
v Minit Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan Kejohanan Balapan Dan Padang MSSNM Kawasan Jasin Kali Ke 35 Bil 1 Tahun 2010. : 09/03/2010(7:44:39 AM)
v Kursus Peningkatan Bahasa Inggeris Untuk Guru-Guru Pendidikan Prasekolah Daerah Jasin 2010 : 08/03/2010(3:48:52 PM)
v Maklumat Guru Penempatan Baru (Guru Sandaran Terlatih/GST), Guru Baru Pindah Dari Luar Negeri Melaka/Luar Daerah Jasin : 08/03/2010(11:18:43 AM)
v Kejohanan Olahraga MSSNM Kawasan Jasin Kali Ke-35 Tahun 2010. : 08/03/2010(9:42:10 AM)
v Makluman Perubahan Tempat Mesyuarat Penyelarasan Teknikal e-Gtukar Bagi Tahun 2010. : 08/03/2010(9:24:03 AM)
  Catatan: Semua siaran menggunakan format pdf.Anda perlu mempunyai perisian Acrobat Reader) untuk membuka/ membacanya).
Semakan Keputusan Temuduga GSTT SABK
Semakan Keputusan Temuduga GSTT SABK
DI SINI

Permohonan KGSK Online

Muat Turun Makluman Terkini, Yang Lepas dan Aplikasi PPDJasin. Aplikasi boleh disebar-sebarkan.


Berita
:: Al Fatihah! allahyarham En. Hashim bin Adam, GPK 1 SK Felda Bukit Senggeh Kembali ke Rahmatullah
Ucapan takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham En. Hashim bin Adam, GPK 1 SK Felda Bukit Senggeh di atas pemergian beliau ke rahmatullah pada 9 Mac 2010. Seluruh warga pendidikan mendoakan agar keluarga beliau tabah menghadapi ujian dari Ilahi ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.
Tarikh : 09/03/2010

:: Kursus Pendek Program Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Guru-Guru Sekolah Rendah Negeri Melaka (Daerah Jasin) 2010
Kursus tersebut sedang berlangsung di PKG Serkam pada 9 hingga 11 Mac 2010 bagi kohot pertama guru-guru yang terpilih dari daerah Jasin. Kursus ini adalah kelolaan IPPM dengan kerjasama JPN Melaka. Penceramah kursus ini adalah pensyarah-pensyarah dari Institut Perguruan Melaka dan dibantu oleh fasilitator yang dilantik dari sekolah di daerah Jasin.
Tarikh : 09/03/2010

:: Selamat Datang Cik Nooremaiya bt Moin
Tahniah dan selamat datang kepada Cik Nooremaiya bt Moin ke PPD Jasin. Beliau yang menggantikan En Redzuan b Daut akan memegang jawatan Penolong Akauntan di PPD Jasin. Beliau sebelum ini pernah bertugas di Pejabat Daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Selamat datang dan tahniah sekali lagi. Untuk mencatatkan sesuatu kepada beliau sila catatkan di Buku Pelawat di
Tarikh : 09/03/2010

:: Perhimpunan Pagi Bersama PDRM Dan Operasi Ponteng 1/2010
Tanggal 3 Mac 2010 telah diadakan Perhimpunan Pagi Bersama PDRM bertempat di SMK Sg. Rambai. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Setia SAC II Datuk Kamal Pasha b. Jamal Timbalan Ketua Polis Negeri Melaka. Turut hadir dalam majlis tersebut En. Ahmad Kamal b. Ramtan Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Jasin, DSP Che Suza b. Che Hitam Ketua Polis Daerah Jasin, En. Tuah b. Talip KU HEM PPD Jasin, ASP Nor Azalinda bt. Nordin
Tarikh : 08/03/2010

:: Mesyuarat Kawalan Denggi Daerah Jasin
Mesyuarat Kawalan Denggi Daerah Jasin ini telah diadakan pada 3 Februari 2010 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Jasin. Turut hadir En. Tuah b. Talip KU HEM PPDJ, Pengetua-pengetua dan wakil sekolah daerah Jasin.
Tarikh : 08/03/2010

:: Sukan SK Sebatu
Sukan Sekolah Kebangsaan Sebatu telah dapat langsungkan dengan jayanya pada 25 Februari 2010. Terima kasih kepada En. Tuah b. Talip Ketua Unit HEM PPD Jasin kerana sudi menyempurnakan majlis perasmian penutup sukan tersebut.
Tarikh : 08/03/2010

:: Terima Kasih En. Muhammad Redzuan dan Cik Nur Syazwani
En. Muhammad Redzuan b. Daut (Penolong Akauntan) akan bertukar ke Perlis dan Cik Nur Syazwani bt. Mohd Noor yang selesai melaksanakan praktikal di PPD Jasin. En. Muhammad Redzuan telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang pada 18.2.2008 hingga 8.3.2010 di PPD Jasin. Sekali lagi Pihak PPD Jasin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas perkhidmatan yang sangat cemerlang kepada mereka berdua. Tahniah dan syabas. Untuk mencatatkan sesuatu kepada beliau sila catatkan di Buku Pelawat di
Tarikh : 08/03/2010

:: SIS Johan Pertandingan Memasak Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2010
Tahniah kepada SMK Iskandar Shah Johan Pertandingan Memasak Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2010. Manakala Naib Johan SMK Ayer Molek dan tempat Ketiga SMK Durian Tunggal. Terima kasih kepada chef yang telah mengadili pertandingan tersebut. Setinggi penghargaan juga kepada Pengarah FAMA negeri Melaka dan Tuan PPD Jasin yang hadir seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Tarikh : 07/03/2010

:: Pra Pertandingan memasak Sekolah-sekolah Menengah MPV Negeri Melaka 2010
7 Mac 2010 seawal pagi persediaan sedang dilakukan oleh pihak urusetia PPD Jasin dan sekolah-sekolah yang masuk bertanding. Guru-guru sekolah terlibat juga membantu menyiapkan peralatan untuk pertandingan memasak pada petang nanti. Pertandingan dijangka akan berlangsung pada jam 2.30 petang. Selamat berjaya kepada para peserta.
Tarikh : 07/03/2010

:: Keputusan Pertandingan Menghias Kek Sekolah-sekolah Negeri Melaka
Tahniah SMK Hang Kasturi Johan, Naib Johan SMK Rahmat dan Tempat Ketiga SMK Iskandar Shah. Terima kasih kepada Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka, Cik Hajjah Juliah bt. Hj. Leman yang sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.
Tarikh : 06/03/2010

:: Sedang Berlangsung Pertandingan Menghias Kek Dan Pertandingan Memasak Anjuran PPD Jasin Sempena Karnival Pendidikan Melaka 2010
Para peserta sedang bertungkus lumus menyiapkan hiasan kek mereka.
Tarikh : 06/03/2010

:: Pagi Sebelum Pertandingan Menghias Kek Karnival Pendidikan Melaka
Pendaftaran dan persediaan awal pertandingan menghias kek sekolah-sekolah Negeri Melaka.
Tarikh : 06/03/2010

:: Tahniah SMA As Saiyidah Khadijah dan SMK Tun Perak Pada Pertandingan Menulis Khat (SM)
Tahniah kepada SMA Saiyidah Khadijah yang telah menjadi Johan, juga kepada SMK Tun Perak yang telah menjadi Naib Johan dan SM Sains Muzaffar Shah mendapat tempat Ketiga pada Pertandingan Menulis Khat sempena Karnival Pendidikan Melaka 2010 petang tadi. Tahniah kepada semua.
Tarikh : 05/03/2010

:: Persediaan Pertandingan Menghias Kek Dan Pertandingan Memasak Anjuran PPD Jasin Sempena Karnival Pendidikan Melaka 2010
Suasana yang sangat meriah di MITC Melaka dengan kehadiran pengunjung amat dirasai. Gambar-gambar yang diambil menunjukkan suasana karnival; disamping persediaan memasang khemah untuk pertandingan memasak oleh AJK persediaan tempat dari PPD Jasin. Turut hadir Tuan PPD dan Timbalan PPD bagi melihat persiapan yang dibuat pada petang 5 Mac sebelum pertandingan pada 6 dan 7 Mac 2010. Warga Jasin sekali lagi dijemput hadir ke karnival ini.
Tarikh : 05/03/2010

:: Program Lawatan Penanda Aras IPPM
Seramai 40 orang bakal guru dari Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM) dan dua orang pensyarah telah mengadakan lawatan ke SK Chabau pada 24 Feb yang lalu. Lawatan tersebut bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Tujuan lawatan adalah untuk memenuhi keperluan sukatan pelajaran bina insan bakal-bakal guru dari IPPM dan memberi pendedahan sebenar situasi persekolahan kepada mereka. Semoga menjadi pendidik yang berwibawa dalam membentuk generasi akan datang. Tahniah.
Tarikh : 05/03/2010

:: Mesyuarat Persediaan Karnival Pendidikan Melaka 2010 - (3 Mac 2010)
PPD Jasin akan menjadi penganjur pertandingan menghias kek dan memasak untuk Sekolah-sekolah Menengah Negeri Melaka pada 6 dan 7 Mac 2010 di MITC, Ayer Keroh, Melaka sempena Karnival Pendidikan Melaka tahun 2010. Semua warga Jasin dijemput hadir pada Karnival Pendidikan Melaka yang berlangsung pada 4 hingga 7 Mac 2010 ini.
Tarikh : 05/03/2010

:: Majlis makan malam untuk tabung PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Felda Bukit Senggeh telah mengadakan majlis makan malam bagi mengisi dana PIBG dalam usaha membantu pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj Abdul Ghaafar Bin Hj Atan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka. Turut sama hadir ialah Yang Berhormat Datuk R.Perumal ADUN Asahan dan Encik Abdullah Bin Abdul Wahid Penolong Pegawai PPD Jasin.
Tarikh : 05/03/2010


:: Rehat Minda
Banduan Yang Bijak
Isteriku Liza
Hadiah Dari Mertua
Pengalaman Kaki Pancing
Prolog
Sketsa dalam LRT
Rahsia mata lelaki…
Interpretasi Bulan Kelahiran
Terapi Solat
Lawak Loceng
Nak Mati

PAUTAN PINTAR PPD JASIN ON-LINE
EJEN PENCARI
PENDIDIKAN
AKHBAR TEMPATAN
Email PPD Jasin versi 5.5

Login Email

7 tetamu sedang on-line.
Countdown
Tazkirah Mingguan PPD Jasin
23 Oktober 2009
06 November 2009
24 November 2009

Semak Kelajuan Talian SchoolNet Anda
Semua sekolah boleh menyemak kelajuan SchoolNet di sekolah masing-masing pada pautan dibawah ini. Sila lakukannya 3 kali sehari (Pagi, tengahari & petang). Dapatkan 'print screen'nya. Sekolah berkelajuan 4MB WAJIB menghantar laporan tersebut ke JPM manakala sekolah berkelajuan 1MB digalakkan melaksanakan perkara yang sama demi kebaikan bersama. Sila klik di sini http://speedtest.gitn.net.my
Mesin Kira e-RAJIN
0
7 8 9 /
4 5 6 *
1 2 3 -
0 +/- . +
C
=

Hasil Tangan: Ammarsdc

Aplikasi e-RAJIN
1] Sistem Pendaftaran Alatan ICT [SPA ICT]
2] Sistem Pendaftaran Kehadiran Kursus/Taklimat
3] Sistem Analisa Keputusan Peperiksaan (Mengikut M/pelajaran) SR Daerah Jasin
4] Sistem - sistem Lain (Dalam Percubaan)
Semak Kadar Tol

Maklumat Anda...

Maklumat Anda


 
PENAFIAN

Pejabat Pelajaran Daerah Jasin tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian
yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Diselenggara oleh
Unit ICT PPD Jasin

Hakcipta © 2009 Pejabat Pelajaran Daerah Jasin.

Dibangunkan bersama oleh Unit ICT PPD Jasin & ATOZ Learning
Hosted by Exabytes