Bersyukur ke hadrat
Illahi kerana kini Pejabat Pelajaran Daerah telah melangkah setapak lagi
ke era teknologi maklumat dengan terbinanya laman web ini.
Salah satu hasrat Pejabat Pelajaran Daerah ialah memberi cabaran kepada
kita semua untuk menerokai pelbagai teknologi yang sedia ada dengan
memperkenalkan Portal e-Rajin.
Dengan terbinanya laman web ini, sedikit sebanyak kita telah berjaya
merealisasikan hasrat tersebut. Saya amat berharap dengan adanya laman
web ini akan memudahkan kita untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab
kita bagi melahirkan insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Saya
juga berharap kepada semua staff, pegawai dan juga warga pendidik di
daerah ini khususnya agar dapat memanfaatkan kemudahan ini semaksimum
yang mungkin.
Internet merupakan rangkaian komputer terbesar di dunia yang
menghubungkan berjuta-juta komputer dan seterusnya dihubungkan kepada
Internet. Manakala `Web’ merupakan
rangkaian-rangkaian internet yang paling cepat berkembang dan
membolehkan kita mendapatkan maklumat yang tersimpan pada tapak web
tersebut di dalam Internet. Oleh itu,
perlulah kita mengikuti era teknologi maklumat dengan melangkah ke era
Internet.
Dengan
terbinanya laman web Pejabat Pelajaran Daerah ini diharapkan dapat dapat
mendorong warga pendidik dan masyarakat umum meneroka capaian yang lebih
luas dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta
menghubungkan semua sekolah di Daerah Jasin ini khususnya. Harapan saya dalam masa terdekat ini, seharusnya
semua sekolah di daerah ini dapat mengemaskini laman web masing-masing.
Akhir kata, saya mendoakan agar semua warga PPD dapat menyahut cabaran
mendatang dengan semangat yang kuat dan kesungguhan untuk menjana
kecemerlangan bagi memartabatkan pendidikan negara bertaraf dunia.
Semoga kecemerlangan itu menjadi milik kita bersama.
Sekian, terima
kasih.
"PPD JASIN MENDAHULUI"
ABU BAKAR BIN ALIM
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH JASIN
|
|