| |
BERITA
|
| |
12/14/2007
Alhamdulillah, majlis Pelancaran Portal e-RAJIN telah berjaya dilaksanakan dalam suasana cukup meriah pada 12 April 2007 (Khamis) baru-baru ini di Dewan Hjh. Maimunah Khamis, SK Serkam Darat, Merlimau, Melaka.
|
6/16/2007
Webmaster dan para admin memohon ribuan kemaafan sekiranya para pengunjung setia Portal e-RAJIN (e- Rangkaian Jasin) mengalami sedikit kesukaran ketika mengunjungi laman kami ketika ini (bermula 15 Jun 2007). Ini disebabkan kerja-kerja menaiktaraf yang sedang giat dilakukan oleh pasukan ICT Portal e-RAJIN.
|
6/11/2007
SK Serkam Darat, Merlimau, Melaka telah menerima seorang Juruteknik Komputer (F17) pada 8 Jun 2007 yang lalu. Beliau adalah En. Zulkarnain yang telah menamatkan pengajiannya di Politeknik Port Dickson dalam bidang ICT.
|
6/8/2007
Al-Fatihah..... Warga PPD Jasin mengucapkan takziah kepada En. Othman bin Salleh (Penyelia Kanan, Unit Pengurusan SR PPD Jasin)diatas pemergian ibunya kembali ke Rahmatullah pada petang 8 Jun 2007 (Jumaat).
|
6/5/2007
PPD Jasin mengucapkan sekalung tahniah kepada En. Yusof bin Ahmad (Pengetua SMK Dang Anum) yang telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah mulai 1 Jun 2007 yang lalu.
|
5/24/2007
24 Mei 2007, tepat jam jam 8.25 pagi, YAB Ketua Menteri Melaka tiba di perkarangan Dewan SMK Seri Tanjung, Tanjung Keling, Melaka untuk menyempurnakan Sambutan Hari Guru 2007 peringkat Negeri Melaka.
|
5/16/2007
Perhimpunan bulanan rasmi Jabatan Pelajaran Melaka telah diadakan bersekali dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Jabatan Pelajaran Melaka di Dewan Bestari pada 16 Mei 2007 yang lalu. Perhimpunan ini telah dikelolakan oleh PPD Jasin.
|
4/14/2007
Alhamdulillah, hari ini (14 April 2007) seorang rakan webmaster telah memaklumkan tentang kaunter jumlah pengunjung ke laman ini yang berjumlah 15555. Saya terus meminta beliau 'capture' kaunter tersebut dan emelkan kepada saya untuk diabadikan di ruangan berita ini.
|
4/13/2007
Cik Norizan bt. Asrin (Gambar Sebelah) atau nama manjanya Ijan, Pembantu Tadbir Kewangan (W17) PPD Jasin akan menamatkan perkhidmatan beliau di pejabat ini mulai 15 April 2007. Beliau akan berpindah ke Seremban dan bertugas di tempat baru mulai 16 April 2007.
|
4/12/2007
Warga PPD Jasin berbangga dan mengucapkan sekalung tahniah kepada Tuan PPD Jasin, Tn. Hj. Rahman bin Abdul Majid yang telah dinaikkan ke Gred DG52 mulai bulan April ini.
|
4/12/2007
Pengarah Pelajaran Melaka, Pn. Azizah bt. Abd. Gani akan bertukar ke Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pendidikan Khas mulai 16 April 2007.
|
4/9/2007
Seramai 17 PAP (Pembantu Am Pejabat) sekolah di daerah Jasin telah terpilih mengikuti Kursus Penggunaan Emel dan Internet di Makmal Komputer SK Serkam Darat seawal jam 7.40 pagi pada 9 April 2007.
|
3/23/2007
En. Jumat bin Mat Lani, telah dilantik untuk mengisi kekosongan Jawatan Ketua Unit HEM yang telah dikosongkan oleh Tn. Hj. Zuber bin Mohd. Nor sejak awal tahun lalu.
|
3/12/2007
Semua pegawai dan penyelia PPD Jasin telah bertolak ke Hotel Tropical Inn, Johor Bahru pada jam 2.30 petang tadi untuk menghadiri Mesyuarat Pengurusan PPD Jasin kali pertama bagi tahun 2007.
|
3/9/2007
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran dan Pengerusi SPP, Tan Sri Abdul Rafie Mahat, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, pagi 8 Mac 2007, selepas diserang sakit jantung.
|
3/8/2007
Alhamdulillah, dalam tempoh 5 bulan Portal ini telah dikunjungi 10,000 pelayar internet. Angka ini dapat dikesan oleh Webmaster pada jam 1.15 tengahari 8 Mac 2007 (Rabu).
|
3/7/2007
Unit Maklumat/ ICT PPD Jasin telah melangkah setapak lagi dalam usaha kami memastikan kejayaan pelaksanaan Portal e-Rajin (e-Rangkaian Jasin) dengan memberikan taklimat dan hands-on kepada PT dan PAR sekolah-sekolah di Daerah ini.
|
3/6/2007
Akta Pendidikan 1996 akan dipinda bagi menetapkan jawatan Pengarah Pelajaran Negeri (PPN) dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) diketuai pegawai perkhidmatan pendidikan atau guru, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
|
2/27/2007
Sekalung tahniah diucapkan kepada peserta Pertandingan Menulis Esei Menghadapi bencana Alam anjuran UNICEF kerana telah menjadi Johan Negeri dan Kebangsaan bagi kategori ini.
|
2/15/2007
PAR (Pembantu Am Rendah) PPD Jasin, En. Karim bin Kudong, telah pun bertukar ke SJKC Yu Hsien, Jasin mulai hari ini.
|
2/5/2007
Cik Hjh. Noora bt. Abu Bakar, Penolong PPD Jasin (Unit Bahasa) telah kembali dari mengerjakan Fardhu Haji di Baitullah dijangkakan akan mula bertugas semula pada 5 Feb. 2007 (Isnin) ini.
|
2/4/2007
PPD Jasin dikunjungi HEM dan juga PT secara berkumpulan sejak jam 8.00 pagi lagi. Masing-masing datang membawa berkotak-kotak fail seolah-olah macam sekumpulan orang nak berpindah rumah.
|
2/3/2007
Mantan Pengarah Pelajaran Melaka yang telah bertukar ke Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Salleh telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.30 malam 1 Mac 2007 kerana barah paru-paru yang baru sahaja disedarinya 3 bulan yang lalu. Al-Fatihah.
|
1/30/2007
Unit Pendidikan Islam, PPD Jasin telah berjaya menganjurkan Program Maal Hijrah 1428H pada 30 Jan. 2007 yang lalu di Dewan SMK Jasin.
|
1/29/2007
PPD Jasin berbesar hati menerima kunjungan YB Datuk Hj. Yaakub b. Md. Amin, DMSM, DSM, BKT, PJK., (Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pendidikan, Sains dan Teknikal), YB Tn. Hj. Abd Haziz bin Abdul Ghani, PPN, BKT (ADUN Lendu) dan ahli rombongannya pada 29 Jan. 2007(Isnin) jam 10.00 pagi yang lalu.
|
1/17/2007
Ketua Unit HEM, PPD Jasin, Tn. Hj. Zubir bin Mohd. Nor telah dilantik sebagai Ketua Unit Perhubungan, JPM mulai 16 Januari 2007 yang lalu.
|
1/14/2007
Pada 8 Januari 2007, PPD Jasin telah mengorak langkah baru mencuba penggunaan emel ke semua sekolah di daerah Jasin.
|
1/11/2007
Sekalung tahniah kepada 2 buah sekolah di Daerah ini yang telah terpilih sebagai calon Sekolah Harapan Negara bagi tahun 2007.
|
1/9/2007
Pagi 9 Januari 2007 cukup mengembirakan warga PPD Jasin kerana talian internet di pejabat ini dinaiktaraf. Router lama ditukarkan dengan yang baru dan talian internet dirasakan agak laju berbanding sebelum ini. Malangnya......
|
1/8/2007
Taklimat ini telah diadakan pada 8 Januari 2007 (Isnin) jam 2.30 petang di Kolej Komuniti Jasin, Merlimau, Melaka. Ianya bertujuan untuk menerangkan tentang halatuju sekolah dan pejabat pelajaran ke arah menjayakan program naiktaraf Majlis Daerah Jasin ke Majlis Perbandaran Jasin.
|
1/5/2007
Minggu pertama 2007 telah mencatatkan sejarah kepada PPD Jasin apabila terlalu sibuk diserbu ibu bapa yang memohon pertukaran persekolahan anak-anak di saat-saat akhir.
|
1/3/2007
1 Mac 2007, para Guru Besar dan Pengetua serta beberapa Pengarah Kolej Komuniti di Daerah ini telah berada di Bilik Gerakan PPD Jasin seawal jam 8.00 pagi lagi.
|
12/13/2006
Alhamdulillah, tanggal 5 November 2006, laman ini telah dikunjungi melebihi 1000 pelawat sejak ianya dibuka kepada umum pada 1 Oktober lalu.
|
12/13/2006
Unit Bimbingan dan Kaunseling PPD Jasin yang diterajui oleh Tn. Hj. Zubir b. Mohd Noor dan Tn. Hj. Hamzah b. Mohd Taib (Pegawai PPDa PPD Jasin) telah berjaya menyediakan laporan Sistem Pengurusan Kaunseling (SPK) secara lebih berkesan dengan menggunakan aplikasi yang hampir menyamai Sistem Disiplin Murid (SDM) dan Sistem Maklumat Murid (SMM).
|
11/18/2006
Syabas dan tahniah diucapkan kepada En. Daud bin Abdull (Ketua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Jasin) kerana telah dinobatkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Kualiti (Q) peringkat Jabatan Pelajaran Melaka bagi Tahun 2006 yang telah diadakan di perkarangan Jabatan Pelajaran Melaka pada 18 Nov. 2006 yang lalu.
|
11/10/2006
Kursus ini telah dijalankan pada 4 - 6 Oktober 2006 di Baruk Inn (Makmal Komputer) mulai jam 2.30 hingga 5.00 petang.
|
11/9/2006
Seramai 8 orang pegawai JPN Melaka yang diketuai En. Tan telah datang ke PPD jasin pada hari ini (Khamis - 9/11/2006) untuk proses menilai item berkaitan.
|
10/29/2006
Kaunselor PPD Jasin, En. Jasmi bin Abu Samah telah dilantik sebagai Ketua Unit HEM, Jabatan Pelajaran Melaka menggantikan Tn. Hj. Isa bin Jolan yang telah dilantik sebagai Kaunselor JPM berkuatkuasa 1 November 2006.
|
10/29/2006
PPD Jasin mengalu-alukan kedatangan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah yang baru, Tn. Hj. Rahman bin Abdul Majid (mulai 16 Sept. 2006),Tn. Hj. Isa bin Othman (Gambar sebelah) dan En. Hamzah bin Mat Taib sebagai warga baru PPD mulai 1 Oktober 2006 yang lalu, manakala En. Abd. Majid bin Abu Bakar pula mulai 1 November 2006.
|
10/17/2006
Pegawai Pelajaran Daerah Jasin, Tn. Hj. Rahman bin Abdul Majid dan Ketua Penolongnya, En. Daud bin Abdull telah pun selesai mengikuti kursus tersebut di Hotel Prescott, Klang.
|
10/14/2006
1) Taklimat Pengurusan Fail, Enrolmen & ICT
2) Proses kemaskini Data EMIS seperti pada 31 Oktober 2006
|
10/11/2006
Unit ICT PPD Jasin kini sedang giat membangunkan Perisian On-Line bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pemindahan maklumat.
|
9/15/2006
PPD Jasin kini kehilangan seorang pemimpin berkaliber iaitu Tuan Hj Rosti bin Mistam yang kini menjalankan tugas baru sebagai Ketua Sektor Pengurusan Sekolah di Jabatan Pelajaran Negeri.
Pihak PPD Jasin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Hj. Rosti yang telah memimpin PPD Jasin dengan cemerlang. Kami juga ingin mengucapkan tahniah diatas pertukaran Tuan Hj Rosti ke peringkat negeri.
|
7/12/2006
Mesyuarat Pengurusan Kali ke 3/2006 telah dijalankan di Kolej Komuniti Jasin (Merlimau) pada 7 hingga 8 Disember 2006. Semua Unit telah membentangkan laporan program sepanjang 2006 dan juga perancangan strategik unit masing-masing untuk tahun 2007.
|
Seramai 30 orang Penyelaras PPSMI Sekolah-sekolah Daerah Jasin telah diberi taklimat berkaitan pengurusan alatan PPSMI oleh En. Zulkply (Pegawai Perolehan, Unit Pembangunan dan Bekalan, JPM) di Bilik Gerakan, PPD Jasin.
|
PPD Jasin berbesar hati menerima warga baru pejabat ini iaitu Tuan Hj. Rosli bin Hj. Abu Bakar, Penyelia Kanan Unit Pembangunan dan Bekalan yang menggantikan Tuan Hj. Isa bin Othman kerana berpindah ke PPD Melaka Tengah pada 20 Julai yang lalu.
|
Warga PPD Jasin merasakan kehilangan seorang lagi rakan pegawai yang berkaliber iaitu Tn. Hj. Isa bin Othman, Penyelia Kanan Unit Pembangunan dan Bekalan yang akan berpindah ke Unit yang sama di Pejabat Pelajaran Melaka Tengah mulai 20 Julai 2007 ini.
|
Karnival ini telah dijalankan dengan jayanya di SK Merlimau 1 yang bertindak sebagai sebagai pengelola pada 14 Julai 2007 bermula jam 8.00 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.
|
Mempelajari cara mengikat zhongzi (Nasi pulut yang dibalut dengan daun buluh)
Pada 18 Jun 2007, bersamaan tanggal 5 bulan ke 5 dalam takwim Imlek China, murid-murid Tahun 3 di SJKC Chiao Chee, Selandar mempelajari cara mengikat zongzi dari Guru Bahasa Cina Pn. Ng Wee Gwek dan pekerja sekolah En. Lim Yew Pang.
|
Tepat jam 3.00 petang, 6 Julai 2007 (Jumaat) yang lalu, kenderaan rasmi Jabatan Pelajaran Melaka telah memasuki perkarangan PPD Jasin. Barisan kepimpinan tertinggi PPD yang diketuai oleh Tn. Hj. Rahman bin Abdul Majid menyambut ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran Melaka yang baru iaitu Tn. Hj. Isa bin Abu sewaktu mengadakan Lawatan Kerja ke pejabat ini. Turut menyambut ketibaan beliau adalah En. Mohd. Sani bin Osman (Ketua Unit Akademik), En. Jumat bin Mat Lani (Ketua Unit HEM), semua pegawai dan kakitangan di pejabat ini.
|
Unit Kewangan PPD Jasin telah menerima kunjungan 3 jejaka tampan yang ditugaskan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengaudit unit berkenaan pada 6 Julai 2007. Audit ini telah diadakan selama 1 hari (pagi hingga petang).
|
Alhamdulillah, berkat usaha dan juga kesabaran, Portal e-RAJIN makin diminati ramai. Buktinya adalah berdasarkan kaunter pengunjung dan juga tetamu online kami yang menunjukkan peningkatan ketara baru-baru ini.
Adalah sesuatu yang menyeronokkan disamping dapat melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi bilamana kaunter pengunjung yang sedang online mencecah ke ratusan bilangannya walaupun jam belum lagi menunjukkan 7.00 pagi.
|
PPD Jasin yang telah diaudit oleh 3 auditor MS ISO pada 26 - 27 Jun 2007 yang lalu diberi pujian kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan pelaksanaan ISO di pejabat ini.
|
Program kali ini telah dijalankan di SK Bt Tembakau, Umbai, Jasin, Melaka pada 7 Mei 2008. Ceramah Motivasi bertajuk "Seronok Bekerja" telah disampaikan oleh En. Roslan bin Abd. Ghani, Penolong Pengarah Unit Kaunseling & Keutuhan JPM. Tahniah & syabas kepada semua warga sekolah.
|
Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Daud bin Abdull (Ketua Penolong PPD Jasin) kerana akan memulakan perkhidmatannya sebagai Pengetua SMK Malim, Melaka mulai 1 Julai 2007 ini.
|
Taklimat tatacara penggunaan SMSSekolah sedang dijalankan di Kolej Komuniti Jasin, Merlimau, Melaka. Ianya dianjurkan oleh Unit Maklumat/ ICT PPD Jasin dengan kerjasama BTP, KPM, PSPN dan Mypressto.com pada 27 - 28 Jun 2007.
|
Bulan Membaca Peringkat Sekolah
Sepanjang bulan Julai, PSS SK SEmpang telah mengadakan Bulan Membaca Peringkat Sekolah. Tema pada tahun ialah Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.
|
Warga PPD Jasin mengucapkan sekalung tahniah kepada Tuan Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Melaka yang baru, Tn. Hj. Isa bin Abu kerana telah dilantik sebagai Tuan Pengarah JPN Melaka mulai 1 Julai 2007.
|
Kami warga PPD Jasin mengalu-alukan kedatangan Tuan Pegawai PPD yang baru iaitu Encik Yusof bin Ahmad. Dalam satu majlis ringkas petang semalam beliau melahirkan rasa syukur di atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk menerajui PPD Jasin. Beliau berharap agar semua sekolah di kawasan Jasin menekankan tentang data bagi semua aspek.
|
Alhamdulillah, Kumpulan Nida' us Salam daripada Sek Men Arab JAIM Assyakirin telah mengungguli tempat pertama dalam pertandingan nazam sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka yang telah diadakan pada 28 Mac 2008.
|
Hari Kualiti Peringkat Jabatan Pelajaran yang telah berlangsung pada 6/12/2007 di Auditorium Jabatan Imigresen, Air Keroh Melaka.
|
Warga Unit Kaunseling & Keutuhan JPN Melaka & PPD mengucapkan selamat datang kepada PT baru iaitu Pn. Normah Bt Dol yang akan bertugas di Unit 2K JPM menggantikan Pn. Halimatun. Pn. Halimatun, terima kasih & jasamu tetap kami kenang.
|
Warga PPD Jasin telah bersama-sama hadir untuk menyerikan lagi majlis perkahwinan bekas Pembantu Tadbir Kewangan PPD Jasin, Pn. Norizan bt Asrin pada 24 Jun 2007 (Ahad) yang lalu di Palong 10, Negeri Sembilan.
|
Pertandingan tersebut telah diadakan pada 30 April 2008 bertempat di SMK Methodist (ACS), Melaka. Hakim-hakim pidato terdiri daripada: En. Mat Hassan bin Abdullah (JPN Melaka), Tn. Hj. MatShah bin Hj. Othman (PPD Jasin) & Cik Hjh. Kamisah binti Ibrahim (SMK St. David), Pn. Fatimah binti Salam (Penjaga Masa dari SMK ACS).
|
Program tersebut telah diadakan pada 27 April 2008 bertempat di Dewan Hang Kasturi, Selandar. Program anjuran bersama Persatuan Taekwondo Daerah Jasin & Nestle Products "Koko Crunch" Sdn. Bhd. itu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta & ibubapa.
|
Kejohanan tersebut telah diadakan pada 27 April 2008 (Ahad) bertempat di padang SMK Selandar. Kejohanan itu telah dirasmikan oleh YB Encik R. Perumal ADUN Asahan. Guru Besar sekolah, En. Ab. Kadir Bin Hj. Abdul Jalil & Tn. Hj. MatShah Bin Hj. Othman dari PPD Jasin turut hadir dalam kejohanan tersebut.
|
Tahniah En Megat Nasir b Megat Hashim, Penolong Pegawai PPD Jasin kerana dinaikkan pangkat menjadi pengetua sekolah. Beliau akan berkhidmat di SMK Durian Daun. Beliau adalah seorang pegawai yang sungguh dedikasi, rajin dan sentiasa mengutamakan kecemerlangan di dalam segala tindak tanduknya.
|
Pertandingan tersebut telah diadakan pada 3 Mei 2008 bertempat di Hospital Daerah Jasin, Melaka. Ia adalah anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka & Jabatan Pelajaran Melaka.
|
Program tersebut telah diadakan pada 16 April 2008 di SMK Tun Hj. Abdul Malek, Melaka. Program itu bertujuan membantu komuniti sekolah melalui sesi kaunseling & motivasi kerjaya kepada semua staf sekolah berkenaan. Ceramah Kerjaya telah disampaikan oleh Tn Hj. MatShah bin Hj. Othman dari PPD Jasin. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat digunapakai dalam kehidupan seharian ke arah menjadi staf yang produktif & proaktif
|
Bengkel ini telah dijalankan dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Jasin yang dipengerusikan oleh SK Pulai.
|
Seminar tersebut telah diadakan di Hotel Empress Sepang dari 25 hingga 28 Mac 2008. Para peserta terdiri daripada Kaunselor Pentadbir JPN & PPD seluruh Malaysia. Antara Penceramah yang dijemput ialah Prof. Dr. Othman Dato' Mohamed dari UPM'
|
Program kali ini diadakan di SJKT Ldg Sg Baru, Masjid Tanah Melaka pada 28 Februari 2008. Tahniah kepada seluruh warga sekolah kerana telah memberikan komitmen sepenuhnya terhadap program tersebut dari 11.00 pagi hingga 4.30 petang. En Mohamad Isa Bin Jolan, Ketua Unit Kaunseling & Keutuhan JPM sedang memberikan taklimat kepada warga sekolah.
|
Unit ICT PPD Jasin telah dicalonkan oleh Unit ICT (Akademik), Jabatan Pelajaran Melaka untuk mewakili Negeri Melaka ke Pertandingan Anugerah Pemimpin ICT Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2008.
|
Warga PPD Jasin mengucapkan selamat datang, Ahlan Wasahlan wa marhaban bikum kepada Penolong Akauntan PPD yang baru iaitu En. Mohamad Redzuan bin Daut (Gambar sebelah). Beliau yang baru melaporkan diri pada akhir Februari 2008 yang lalu merupakan pengganti kepada En. Aidan yang telah bertukar ke Johor Bharu pada tahun 2007 yang lalu.
|
Kursus tersebut adalah anjuran bersama JPM & PPDJ telah diadakan di Serai d'Lanjut, Rompin, Pahang Darulmakmur pada 4 hingga 7 Julai 2007. dengan jayanya.
|
Kursus Pemantapan ICT pegawai dan staff PPD Jasin telah diadakan di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru pada 24 hingga 26 Ogos 2007 yang lalu.
|
Pada 4 hingga 6 Jun 2007 yang lalu, PPD Jasin telah mengadakan kursus pemantapan akademik dan kokurikulum sekolah menengah daerah Jasin di Rainforest Resort, Kuala Tahan, Pahang. Bilangan peserta kursus seramai 29 orang terdiri dari kalangan pentadbir sekolah, iaitu GPK Koku dan juga GKMP bagi mata pelajaran yang terpilih.
|
Kursus ini telah diadakan pada 23 Julai 2007, Isnin, di Hotel Sri Impian Jasin. Kursus ini telah dihadiri oleh lebih 100 orang guru, jaga dan pekerja sekolah di sekolah-sekolah menengah dan rendah dalam daerah Jasin.
|
Bengkel ini telah dijalankan dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Jasin yang dipengerusikan oleh SK Pulai.
|
Program tersebut telah diadakan pada 19 April 2008 bertempat di Bilik Tayang SMK Dato' abdul Rahman Ya'kub (SDARY). Ia adalah anjuran bersama pihak sekolah dengan Uni Bimbingan & Kaunseling SDARY. Ceramah "Pengurusan Krisis" telah disampaikan oleh Pegawai Kaunseling & Keutuhan PPD Jasin, Tn Hj. MatShah bin Hj. Othman.
|
Panel pemilihan pelajar yang memohon ke tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk tahun 2008 sedang sibuk menyemak dan melaksanakan proses 'key-in' data berdasarkan borang permohonan yang telah diserahkan pihak sekolah ke PPD baru-baru ini.
|
Satu Kursus anjuran JPM bersama Jabatan Belia dan Sukan negeri Melaka akan diadakan di Kem Bina Insan di Air Itam, Muar bermula pada 4 Nov. hingga 7 nov.
|
Kursus Perealisasian Item Sains dan Matematik Daerah Jasin Di Sanctuary Hotel Kuantan mencapai matlamat.
|
Tahniah kepada peserta dari Daerah Jasin yang telah berusaha gigih di pertandingan tersebut. Sekolah-sekolah yang telah menghantar wakilnya adalah SK Air Baruk- Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu, SK Serkam- Hafazan manakala SK Tehel- Deklamasi Sajak.
|
Larian Road Relay Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Jasin 2007 telah dilaksanakan pada 1 November 2007.
|
Kursus anjuran Unit Kaunseling & Keutuhan JPM dibantu oleh PPD telah diadakan dari 31.10.2007 hingga 3.11.2007 di Hotel New York, JB Sasaran peserta: Guru-guru berusia melebihi 40 tahun.
|
Kursus tersebut adalah anjuran Unit 2K JPM & BSM Kementerian telah diadakan di Rompin Beach Resort, Pahang. Dari 21 hingga 24 Oktober 2007. Melibatkan 62 orang peserta dari kalangan guru sekolah menengah & rendah bertaraf ibu tunggal seluruh Melaka. Tahniah kepada peserta daerah Jasin semoga anda menjadi ibu yang kuat semangat, punya wawasan kearah kecemerlangan diri. Shah Unit 2K PPD Jasin.
|
2 Januari 2008, Serkam Darat: Hari membayar yuran telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pentadbir SK Serkam Darat dengan menjemput Penyelia ICT PPD Jasin untuk memberikan taklimat kepada ibu bapa dan guru berkaitan kepentingan penggunaan SMSSekolah di dewan sekolah itu baru-baru ini.
|
Serkam, 27 Okt.- Seorang guru Sains dan Matematik SMK Seri Bemban, Nurul Mokhzani bin Hj. Mohamad, 29 telah terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Serkam Estet, Kg. Serkam Darat semasa dalam perjalanan ke sekolahnya pada jam 7.30 pagi tadi.
|
15 Nov. 2007 - Hari ini merupakan hari yang cukup mendebarkan para calon UPSR 2007, guru-guru dan juga ibu bapa di seluruh negara kerana keputusan UPSR diumumkan pada jam 8.30 pagi di Dewan Bestari, Jabatan Pelajaran Melaka.
|
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada tarikh: 25 September 2007 (Selasa), bertempat di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka (PSPN) pukul 8.30 pagi. Dr. Osman dari Kementerian dan Seramai 13 orang jurulatih yang dipilih juga telah hadir dalam sesi pembentangan modul tersebut. (Sumber: Shah Unit 2K PPD Jasin)
|
Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di Daerah Jasin telah diberi taklimat khas berkaitan pelabelan guru, tugas dan tanggungjawab pentadbir dalam usaha KPM memastikan maklumat guru sediaada merupakan maklumat yang tepat dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
|
Alhamdulillah, Mesyuarat Pengurusan PPD Jasin kali ke-2/07 telah selamat dijalankan di Hotel City Villa, Kuala Lumpur pada 16 - 18 September 2007 yang lalu.
|
Kursus tersebut telah dijalankan dari 5 hingga 8 September 2007 di Glory Beach Resort, Port Dickson. Kursus anjuran bersama Unit Kaunseling & Keutuhan JPM & Unit Kaunseling & Keutuhan PPD telah dirasmikan oleh Y.Bhg.En. Zainal B Aman, Ketua Sektor Pengurusan Sekolan, JPM
|
Alhamdulillah, tanggal 6 September 2007 (Khamis), Portal ini mencatatkan angka yang cukup bersejarah bertepatan dengan 50 tahun merdeka iaitu 50,000 pengunjung.
|
Warga PPD Jasin mengucapkan selamat datang kepada En. Megat Nasir bin Megat Hashim yang telah dilantik sebagai Ketua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Jasin mulai 1 September 2007 yang lalu. Beliau telah melaporkan diri dan bertugas di PPD Jasin bermula 3 September 2007 (Isnin).
|
Taklimat ini telah diadakan pada 3 September 2007 di Bilik Gerakan PPD Jasin. Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd. Sani bin Osman (Ketua Unit Akademik, PPD Jasin).
|
Seramai 73 Guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah Daerah Jasin telah mengikuti kursus Qiraati di Hotel City Villa, Kuala Lumpur pada 24 - 26 Oktober yang lalu.
|
Warga PPD Jasin mengucapkan selamat kembali ke PPD Jasin kepada Tuan Kaunselor PPD, Tn. Hj. MatShah bin Hj. Othman yang telah bercuti mengerjakan Haji dan Umrah baru-baru ini.
|
Seramai 32 orang Kaunselor SM Daerah Jasin dan 24 guru baru bertugas di Daerah Jasin telah mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme di Hotel Presscott Inn, Kuala Lumpur pada 18 - 20 Jun 2007 yang lalu.
|
Semua sekolah di Daerah Jasin diminta bersedia dan memberikan kerjasama kepada juruteknik Syarikat Digicity (M) Sdn. Bhd. yang akan mengunjungi sekolah anda dalam masa terdekat (Rujuk siaran dan jadual) untuk melaksanakan asset tagging dan juga Penyelenggaraan Pemulihan (PM) kali ke-3.
|
Taklimat tersebut telah diadakan pada 19 Mac 2008, bertempat di Dewan Bestari, JPM Bukit Baru, Melaka dari 9.00 hingga 11.00 pagi. En. Heera Singh telah berjaya menyampaikan ceramahnya dengan menarik & berkesan.
|
Bengkel Modul Pengurusan Keluarga Bahagia telah diadakan di Hotel Naza, Melaka dari 3 hingga 5 Mac 2008.
|
Pejabat Pelajaran Daerah Jasin cukup beruntung dan bertuah kerana telah menerima seorang lagi tenaga pakar ICT dan multimedia yang baru iaitu En. Mohd. Nasir bin Husin. Beliau yang berkhidmat di SK Bukit Senggeh telah mengikut jejak langkah Ketua JU EMIS (En. Zakaria bin Othman) Daerah ini yang juga telah menjawat jawatan yang sama di PPD Alor Gajah bermula 16 Februari 2008 yang lalu.
|
Warga PPD Jasin dan juga para JU EMIS Daerah Jasin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada En. Zakaria bin Othman kerana telah dilantik sebagai Pegawai ICT/ Maklumat PPD Alor Gajah berkuatkuasa mulai 16 Februari 2008 yang lalu tetapi akan memulakan tugas di tempat barunya mulai 28 Februari 2008 setelah urusan serah tugasnya selesai.
|
Festival Nasyid Sekolah Rendah Kawasan Merlimau 2008 telah dikelolakan dengan jayanya oleh Sekolah Kebangsaan Sempang, Merlimau pada 19 Februari 2008 (Selasa) dengan cemerlang dan penuh kemeriahan.
|
Seramai 17 orang staff org pegawai dari PPD Jasin telah mengikuti kursus berkenaan.
|
Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Noorsir bin Sarip, Penyelia Pengurusan Sekolah (Prasekolah) kerana telah mendapat DGA32 Hakiki baru-baru ini.
|
SMK Seri Bemban dan SK Datuk Hj. Baginda telah berjaya merangkul Naib Johan dalam kategori Anugerah Bilik BOSS Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan, Kuala Lumpur pada hari Selasa, 23 Oktober 2007 yang lalu.
|
Pada 22 Januari 2008 pada jam 8.00 pagi hari Selasa, SMK Seri Bemban telah mengadakan satu Majlis Sekapur Sireh Bersama Pegawai Pelajaran Daerah Jasin, Tn Hj Rahman Bin Abdul Majid. Di samping mengenali PPD dengan lebih dekat, satu penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar turut dijalankan. Tuan PPD sudi menyampaikan hadiah tersebut kepada pelajar-pelajar yang berjaya.
|
Taklimat persaraan ini diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Jasin dengan dihadiri oleh 41 orang bakal pesara dari kalangan pegawai dan staf dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2009. Taklimat ini disampaikan oleh Pn. Hjh. Siti Ramlah, Pegawai Eksekutif Perkhidmatan di JPM.
|
Bahas Guru Peringkat Kebangsaan sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008 telah berjaya dikelolakan oleh PPD Jasin pada 13 hingga 15 Mei 2008.
|
PPD Jasin telah menerima Penyelia Unit Peperiksaan & Penilaian yang baru iaitu Pn. Lau Chek New bagi menggantikan En. Wong Poh Sim yang telah kembali ke salah sebuah sekolah rendah (ACS) di Daerah Melaka Tengah sebagai Guru Besar mulai 1 Disember 2007 yang lalu.
|
Majlis perasmian Malam Semarak Wahyu berlangsung malam tadi dengan penuh meriah dan warna-warni. Majlis Tilawah Al Quran Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan ini merupakan kali ke 34 diadakan dan Melaka merupakan tuan rumah.
|
Ahmad Zakuan bin Ahmad Zahari, murid tahun 6 SK Air Baruk telah terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Bola Sepak Asean Primary School Sports Olympiad 2007 dari 10 hingga 16 November 2007 yang lalu di Jakarta.
|
Penolong Akauntan PPD Jasin, En. Afzuhaidan bin Mohd Juri akan berpindah ke Johor Bahru mulai Isnin ini (25 Jun 2007). Anak kelahiran Johor yang masih solo ini telah memulakan perkhidmatannya di PPD Jasin sejak 20 Julai 2006 yang lalu. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Aidan telah diraikan dalam majlis ringkas tapi meriah sempena pertukarannya di Bilik Gerakan PPD Jasin awal tengahari ini (22 Jun 2007).
|
Satu Majlis Permuafakatan diantara Pejabat Pelajaran Daerah Jasin dengan Polis DiRaja Malaysia Daerah Jasin telah diadakan di Dewan SMK Seri Mahkota, Umbai pada 13 Februari 2008 seawal jam 8.00 pagi lagi dibawah kelolaan Unit Hal Ehwal Murid (HEM) yang berfokuskan kepada disiplin pelajar.
|
Kursus Induksi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut sedang berjalan iaitu dari 4 hingga 13 November 2009 di Ancasa Hotel, MITC, Melaka. Slot Dinamika Kumpulan telah disampaikan oleh Tn. Hj. MatSah bin Hj. Othman, Kaunselor Pentadbir PPD Jasin.
|
Program tersebut telah dijalankan dari 13 hingga 17 Mei 2008. Unit Kaunseling & Keutuhan JPM & PPD dipertanggungjawabkan mengendalikan program kepada 120 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru pedalaman. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan Guru Kaunseling yang teribat dalam menjayakan program tersebut. Jasa anda semua tetap kami kenang.
|
Bengkel tersebut diadakan pada tarikh 23 Hingga 26 November 2009 bertempat Serai D’lanjut Kuala Rompin Pahang. Pelajar seramai 40 orang dari 17 sekolah daerah Jasin yang dikelolakan Penyelia Koku - Unit Kokurikulum PPD Jasin. Antara pengisian bengkel ialah pengurusan pengelolaan pertandingan, pengurusan teknikal , kepegawaian, aktiviti pendidikan luar , amali pengurusan pertandingan sebenar, dan penyediaan modul pengelolaan. Tahniah kepada semua.
|
Sempang 19 Nov 2009. Seramai 7 orang calon UPSR 2009 telah mendapat 5A dalam peperiksaan yang lalu. Jumlah ini merupakan peningkatan daripada seramai 4 orang pada tahun 2008. Satu majlis perarakan dengan paluan kompang dan diiringi bunga manggar kepada murid-murid yang berjaya bersama ibubapa mereka. Perarakan disertai juga oleh Guru Besar, GPK dan guru-guru dan disambut oleh murid-murid sekolah yang lain. Suasana kegembiraan diiringi dengan deraian air mata kejayaan daripada ibu bapa dan guru-guru SK Sempang.
|
Majlis tersebut telah diadakan pada 17 November 2009 bertempat di Dewan Hjh. Maimunah Khamis, SK Serkam Darat. Murid-murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang telahpun menerima hadiah masing-masing. Tahniah!...
|
Pertandingan tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Presint 11, Putrajaya. Tahniah kepada adik NurHidayatul Nadhirah binti Hj. MatSah dari SK Air Baruk (Gangsa) dan Shafiq Husaini bin Abu Bakar dari SJKC Chiao Chee (Gangsa) di atas kejayaan masing-masing. Kelab-kelab yang mengambil bahagian telah membariskan peserta terbaik mereka untuk pertandingan ini. Tahniah juga kepada jurulatih En. Wang Keng Sai dan Master Selvam dari Kelab Speed Power Taekwondo.
|
Mayang Sari Resort, PD. Seramai 40 orang Guru Penolong Kanan HEM daerah Jasin telah berpeluang mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam pada 16 hingga 18 November 2009. Terima kasih kepada semua yang telah dapat memberikan kerjasama yang sangat baik. Perasmian penutup kursus ini disempurnakan oleh En. Yusof b. Ahmad, Pegawai Pelajaran Daerah Jasin dengan jayanya.
|
6- 8 November 2009, SK Batang Melaka telah menganjurkan perkhemahan RIMUP 1Malaysia. Perkhemahan ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di SK Batang Melaka. Perkhemahan RIMUP 1Malaysia melibatkan 3 buah sekolah terdiri daripada SK Batang Melaka, SJK(C) Kiow Nam dan SJK(T) Batang Melaka. Seramai 102 orang peserta yang terlibat dalam perkhemahan ini yang terdiri daripada pelbagai kaum.
|
Perkhemahan tersebut telah diadakan pada 13 dan 14 November 2009 di Hutan Lipur Berkelah, Pahang. Para peserta terdiri daripada pengawas dan bakal pengawas 2010 SK Air Baruk. Pelbagai input telah diberikan oleh fasilitator dalam perkhemahan tersebut. Tahniah kepada semua peserta, semoga anda menjadi pengawas dan pemimpin besar suatu hari nanti.
|
Konvensyen Perdana anjuan Bahagian Psikologi & Kaunseling, KPM telah diadakan dari 10 hingga 12 November 2009 bertempat di Ballroom 2, Hotel Summit, Subang Jaya. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
|
SRA JAIM Assyakirin dan SMA JAIM Assyakirin Selandar telah bergabung dalam melaksanakan LDP baru-baru ini iaitu pada 7 November 2009, di Bilik Komputer sekolah. Penceramah terdiri daripada Tn. Hj. MatSah bin Hj. Othman, En. Mohd Masa'ud bin Marzuki dan En. Fuad bin Ali dari PPD Jasin.
|
Kursus Profesional Guru Bahasa Inggeris Sekolah-sekolah Daerah Jasin ini telah bermula pada 9 November 2009 di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Seramai 40 orang peserta yang mengikuti kursus ini terdiri dari guru-guru Bahasa Inggeris sekolah rendah dan menengah di daerah Jasin. Tuan PPD Jasin, En Yusof bin Ahmad telah sudi datang untuk majlis penutup kursus ini pada 11 November 2009 yang lalu.
|
10 November 2009, SK Serkam Darat. Mesyuarat Disiplin Bersama Guru-guru Disiplin dan Guru SSDM Daerah Jasin. Terima kasih kepada Tuan Ketua Polis Daerah Jasin DSP Che Suza b. Che Hitam bersama Chif Ispektor Amir b. Kalkon yang telah dapat menyampaikan ceramahnya bertajuk Masalah Disiplin Pelajar Dari Perspektif PDRM. Turut hadir En. Tuah b. Talip (KU HEM PPD Jasin), En. Zainuddin b. Adullah, En. Adullah Suhaimi b. Jaafar dan En. Fuad b. Ali dari PPD Jasin.
|
Program anjuran Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM telah diadakan pada 21 November 2009 di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Katil, Melaka dari 8.00pg hingga 1.00 tgh. Para peserta terdiri daripada Ketua Sektor, Ketua Unit, Pegawai dan Pembantu Tadbir JPM.
|
Majlis persaraan Tn Hj. Mohd Safian bin Hj. Hashim telah selamat diadakan pada 8 November 2009 (Ahad) di Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh. Beliau telah sudi hadir bersama dengan isteri dalam majlis tersebut. Antara tetamu yang hadir adalah Tn. Hj. Isa bin Hj. Abu( Pengarah JPM), En. Razali bin Bahrom (Ketua Sektor Akademik JPM), Tn. Hj. Ashaari (KS Pengurusan Sekolah), Tn. Hj. Rosti bin Mistam (Pengetua SMKDB) dan Tn. Hj. Mohd Nor (KPP BTPN Melaka).
|
Mesyuarat tersebut telah diadakan dari 22 hingga 24 November 2009 di Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Mesyuarat bertujuan mengemaskini Perancangan Strategik PsK 2010, Takwim PsK 2010, KPI 2010 dan SKT PsK 2010 di peringkat JPM dan PPD
|
Mesyuarat berlangsung di Hotel Regency Kuala Lumpur dari 05 hingga 07 November 2009. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Tuan PPD Jasin Encik Yusof b Ahmad. Selamat bermesyuarat. Untuk melihat koleksi gambar, sila klik
disini.
|
Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat kerana dapat hadir pada taklimat tersebut yang telah diadakan di Kolej Komuniti Jasin. Penceramah pada taklimat kali ini adalah Dr. Azmi b. Mat Shah (ASTAC Training Consultancy), Cif Insp. Amir b. Kaskon (IPD Jasin), Ust. Abd. Malik b. Taha dan En. Tuah b. Talip (KU HEM, PPD Jasin). Turut hadir En. Abdullah Suhaimi b. Jaafar dan En. Fuad Ali dari PPD Jasin.
|
Kursus tersebut telah diadakan dari 26 hingga 28hb Oktober 2009 bertempat di Mayang Sari Resort, PD. Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya mengikuti kursus tersebut. Terima kasih kepada semua fasilitator yang terlibat di atas komitmen anda.
|
Pertandingan bercerita ini telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Alamanda Jasin pada 29 Oktober 2009. YB Datuk Haji Abdul Wahab bin Ab Latip (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains& Teknologi dan Sumber Manusia) telah sudi merasmikan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan. Peserta yang mengambil bahagian terdiri dari 11 orang murid yang telah terpilih untuk mewakili daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
|
Pertandingan bercerita ini telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Alamanda Jasin pada 29 Oktober 2009. YB Datuk Haji Abdul Wahab bin Ab Latip (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains& Teknologi dan Sumber Manusia) telah sudi merasmikan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan. Peserta yang mengambil bahagian terdiri dari 11 orang murid yang telah terpilih untuk mewakili daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
|
Tarikh : 31 Oktober 2009, Sabtu
Tempat : Dataran Ilmu, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Alor Gajah
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tahniah diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya. Semoga perkembangan ini akan menyemarakkan lagi pendidikan Prasekolah di daerah Jasin.
Tahniah guru-guru Prasekolah daerah Jasin.
Keputusan pertandingan, rujuk berita selanjutnya
|
Pada 29.10.2009 telah berlangsung Majlis Ihtifal Khatam Al-Quran Program jQAF Peringkat Kawasan Jasin di SK Tehel. Sebanyak 21 buah sekolah mengambil bahagian dalam pelbagai acara.Antara acara yang dipertandingkan ialah Dikir Barat Bahasa Arab, Tilawah Al-Quran dan Kuiz Jawi.
Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Ustaz Razif bin Shahid (Wakil Ketua Sektor Pendidikan Islam).Turut serta wakil PPD Jasin Ustaz Raja Abdullah bin Raja Setapa dan Ustaz Abdullah Suhaimi bin Jaafar serta Guru-Guru Besar Kawasan Jasin.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN :
|
Pertandingan tersebut telah diadakan di SK. Kesang Tua pada 29.10.09. Tahniah kepada SK. Jasin. Sekolah yang tidak berjaya diharap jangan berputus asa, kita jumpa pada tahun hadapan. Terima kasih juga kepada Guru Besar dan warga SK. Kesang Tua sebagai sekolah pengelola; kerana kerjasama dan komitmen yang cemerlang semasa program dilaksanakan. Keputusan penuh sila lihat berita selanjutnya.
|
Tahniah En Basri b Mohd di atas kenaikan pangkat dari N17 kepada N22. Beliau akan bertugas di Unit Perolehan dan Pengurusan Aset JPN Melaka. Seluruh warga PPD Jasin mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan semoga terus cemerlang di sana. Terima kasih En Basri !! Untuk mencatatkan sesuatu kepada beliau sila catatkan di Buku Pelawat di 
|
Pada 28.10.2009 telah berlangsung Ihtifal Khatam Al-Quran Peringkat Kawasan Merlimau di SK Batu Gajah. Sebanyak 16 buah sekolah mengambil bahagian dalam pelbagai acara.Antara acara yang dipertandingkan ialah Dikir Barat Bahasa Arab, Kalam Jamaie, Tilawah Al-Quran dan Kuiz Jawi.
Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh YB Hassan Bin Rahman (Adun Sungai Rambai).Turut serta wakil PPD Jasin Ustaz Raja Abdullah bin Raja Setapa dan Ustaz Abdullah Suhaimi bin Jaafar.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
|
Seramai 37 orang peserta termasuk JU Bahasa telah berbengkel di Glory Beach Resort, PD untuk Pembinaan Modul Cuma Lima Minit Anti Dadah Peringkat Negeri Melaka. Modul yang telah siap dibina ini akan diedarkan kepada semua sekolah Negeri Melaka untuk digunakan pada tahun hadapan dalam merealisasikan "Sekolah Bebas Dadah 2012". Terima kasih kepada guru-guru dan JU Bahasa yang terlibat. Semoga usaha ini dapat mendedahkan betapa bahayanya ancaman dadah terutama kepada para pelajar seterusnya masyarakat seluruhnya.
|
20 Okt. 2009, Tropical Inn Johor Bahru, Tahniah! SK Datuk Hj. Baginda telah dinobatkan sebagai Naib Johan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan Tahun 2009. Syabas dan tahniah kepada semua warga SKDHB. Mereka telah menerima RM 1500.00, Tropi dan Sijil Penghargaan. Pada majlis tersebut disampaikan juga Anugerah Alumni PPDa Kebangsaan kepada Guru dan Pelajar. 4 orang guru dan 2 orang pelajar daripada Daerah Jasin telah menerima anugerah ini. Guru-guru tersebut : En.Mohd Yunus Bin Abu Naim (SK. Sempang), Pn. Roslina Binti Ab. Wahab (SDARY), Pn. Noraini Binti Kamil (SDARY), Pn. Norhafiza Binti Mohd Rais (SDARY). Maklumat lanjut sila lihat pada berita selanjutnya.
|
9 Nov 2009, Dewan Auditorium, Kompleks KDN, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 350 orang pelajar Tingkatan 3 sekolah menengah seluruh Melaka telah dapat hadir pada program ini. Program ini adalah anjuran bersama AADK Negeri Melaka dan Jabatan Pelajaran Melaka. Semoga program ini dapat memberi pendidikan tentang bahaya dadah kepada para pelajar khasnya dan kepada masyarakat amnya.
|
Pada 8 Julai 2010, hari Khamis bersamaan 25 Rejab, Sek. Keb. Felda Bukit Senggeh telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 dan juga Perasmian Laman Web Sekolah. Majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang bertempat di dewan sekolah SKFBS.
|
Pada 21hb.Julai, 2010 (Rabu) Majlis Guru Bimbingan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Jasin dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Jasin telah berjaya mengadakan Program Kem Jati Diri Murid Tahun 5 Peringkat Daerah Jasin.
|
Selepas 40 hari abang beliau meninggal dunia, 5.52 petang 27 Julai 2010 ibunya pula dijemput ke pangkuan Allah SWT disisi Cikgu Khalid Wad Kecemasan Hospital Besar Melaka. Warga Jasin merakamkan ucapan takziah dan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.
|
Program tersebut telah diadakan pada 23.7.2010 (Jumaat) di Dewan Sekolah. Ceramah Motivasi Pecutan Emas telah disampaikan oleh Tn. Hj. MatSah bin Hj. Othman dari Pejabat Pelajaran Daerah Jasin. Tahniah kepada semua murid Tahun 6 SK Jasin kerana telah sama-sama menjayakan program tersebut. Semoga anda semua berjaya kerana kejayaan adalah milik anda sekiranya anda berusaha. Syabas!!!...
|
Majlis Persaraan En. Arifin B Hj. Pilus GPK1 SK. Chabau telah diadakan pada 16 Julai (Jumaat) di Pusat Motivasi Chabau jam 2.30 petang. Semua guru dan kaki tangan SK. Chabau telah hadir pada ke majlis tersebut. Turut hadir pada majlis tersebut adalah AJK Tertinggi PIBG SK Chabau, GPK-GPK dari sekolah yang berhampiran serta tetamu khas iaitu Tuan Pegawai PPD Jasin En. Yusof bin Ahmad. Majlis bersama murid-murid pula telah diadakan pada sebelah pagi di tapak perhimpunan selepas tazkirah dan sebelum murid pulang.
|
Seluruh warga PPD Jasin mengucapkan Takziah kepada En. Roslan Khalid, Penolong Pengarah Unit KoKurikulum di Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Melaka atas pemergian isterinya ke Rahmatullah pada 11.30 pagi tadi di HUKM.
Jenazah akan dibawa pulang ke Kg Sungai Rambai Melaka pada jam 3.00 petang ini dan dijangka akan dikebumikan sebelum Maghrib, Insya Allah.
Moga roh Allahyarhamah akan ditempatkan bersama roh para solehin, amin... Al-Fatihah.
|
30 April 2010, Jumaat. Selamat bersara diucapkan kepada En. Md. Nasir b. Md. Deni Penyelia Kokurikulum PPD Jasin. Majlis persaraan beliau dimulai dengan bacaan Yasin dan doa selamat pada sebelah pagi. Majlis Send-off pula telah diadakan pada jam 4.30 petang. Pada sebelah malam diadakan Majlis Makan Malam di Tomyam Klasik, Batu Berendam. Terima kasih kepada kehadiran dan sokongan semua pihak yang telah sama menjayakan persaraan beliau. Kami bagi pihak PPD Jasin merakamkan ucapan terima kasih dan mendoakan kejayaan beliau semasa di alam persaraan. Untuk mencatatkan sesuatu kepada beliau sila catatkan di Buku Pelawat di
|
2 Mei 2010, MIBC Ayer Keroh. Tahniah Pasukan Bowling PPD Jasin kerana mendapat tempat ke-3 pada Pertandingan Tenpin Bowling Kelab Kebajikan Jabatan Pelajaran Melaka. Pemain-pemain diketuai oleh ketua pasukan iaitu En. Ahmad Kamal b. Ramtan (Timbalan PPDJ), Tn. Hj. Abbas b. Aman, En. Fuad b. Ali dan Cik Syuhada bt. Mohd Temiri. Johan telah dirangkul oleh pasukan BTP dan Naib Johan oleh Unit Kurikulum JPM. Syabas sekali lagi kerana PPD Jasin mendahului PPD Melaka Tengah dan PPD Alor Gajah.
|
11 Mac 2010, Pemantauan kelompok ini melibatkan 2 buah sekolah iaitu SJKT Ldg Bukit Asahan dan SJKC Toon Hua, Nyalas. Gambar-gambar tersebut adalah pemantauan di SJKT Ldg Bkt Bukit Asahan. Turut hadir pegawai-pegawai dari JPM. Pihak PPD Jasin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua buah sekolah terlibat. Semoga perkongsian ini dapat memberi penambahbaikan kepada semua pihak.
|
Ucapan takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham En. Hashim bin Adam, GPK 1 SK Felda Bukit Senggeh di atas pemergian beliau ke rahmatullah pada 9 Mac 2010. Seluruh warga pendidikan mendoakan agar keluarga beliau tabah menghadapi ujian dari Ilahi ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.
|
Program tersebut telah diadakan pada 20.7.2010 (Selasa) 12.05 tengah hari di Dewan Sekolah. Ceramah Motivasi Pecutan Emas telah disampaikan oleh Tn. Hj. MatSah bin Hj. Othman dari Pejabat Pelajaran Daerah Jasin. Tahniah kepada semua murid Tahun 6 SK Air Baruk kerana telah sama-sama menjayakan program tersebut. Semoga anda semua berjaya kerana Matlamat ditambah dengan Usaha akan menghasilkan Kejayaan.
|
27 Julai 2010, Taklimat Guru-Guru Kaunseling Daerah Jasin telah diadakan pada jam 2.30 petang di Bilik Gerakan PPD Jasin. Terima kasih kepada En. Ahmad Kamal b. Ramtan, Tuan Timbalan PPD yang sudi menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Turut menyampaikan ucapan En. Jumat b. Mat Lani sebagai panduan kepada Guru-Guru Kaunseling. Taklimat senarai tugas guru-guru dan perkara yang berkaitan dengan disiplin telah disampaikan oleh En. Tuah b. Talip, KU Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan. Terima kasih kepada semua guru-guru yang telah hadir pada taklimat pada kali ini.
|
Taklimat Pengurusan GPK HEM Sekolah Menengah Daerah Jasin telah diadakan pada 19 Julai 2010 di Bilik Gerakan PPD Jasin.Tn Hj. Matsah b. Othman Kaunselor PPD telah menyampaikan slot pertama bertajuk budaya kerja berpasukan. Taklimat cara menangani salahlaku disiplin pelajar disampaikan oleh En. Tuah b. Talip KU PPK, PPD Jasin. Manakala En. Zainuddin b. Abdullah Penyelia HEM telah menerangkan berkenaan SMM. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
|
Mesyuarat tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kenanga, JPM. pada 19 November 2009 8.30pg hingga 4.00ptg. Terima kasih kepada semua Guru Kaunseling yang hadir dan memberikan kerjasama yang diharapkan.
|
JASIN - Ahli Parlimen Jasin Datuk Wira Hj Ahmad Bin Hamzah telah sudi hadir ke Sekolah Kebangsaan Jasin bagi meraikan kejayaan SK Jasin memenangi pertandingan Perdana Leadership Foundation National Level Educatianal Project Contest 2010 baru-baru ini.Pada majlis tersebut beliau telah memberi sumbangan peribadi kepada murid-murid yang telah berjaya.
|
Sektor Psikologi dan Kaunseling JPM dan PPD telah mengadakan mesyuarat Kajian Tindakan pada 12hb. Oktober 2009 di Bilik Kaunseling Kelompok, JPM. pukul 2.30petang. Kajian tersebut juga telah dibantu oleh beberapa orang guru kaunseling sekolah menengah negeri Melaka.
|
Pertandingan tersebut telah diadakan di Dewan SMK Durian Daun, Melaka pada 8hb. Julai, 2010. Seramai 8 orang peserta dari 8 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian. SBP Integrasi Selandar dan SMK Dang Anum telah mewakili kawasan Jasin ke pertandingan tersebut. Tahniah kepada pemidato SBP Integrasi Selandar kerana berjaya memperolehi Naib Johan dalam pertandingan pidato tersebut. Johan (SMA Darul Falah) dan tempat ketiga (SMK Infant Jesus Convent). Para hakim terdiri daripada Tn. Hj. MatSah bin Hj. Othman (PPD Jasin), Tn. Hj. Hassan bin Yahaya (SDARY) dan Cik. Hjh. Kamisah bt Ibrahim (SMK St. David). Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Daud bin Abdull (Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPM).
|
PPD Jasin merakamkan ucapan tahniah kepada SK Jasin kerana telah berjaya mengharumkan nama Melaka dalam Pertandingan Perdana Leadership Foundation National Level Educatianal Project Contest 2010 baru-baru ini. Pertandingan anjuran Thinkquest ini mendapat kerjasama daripada Yayasan Perdana dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia.
|
Seluruh warga PPD Jasin mengucapkan sekalung tahniah kepada En. Megat Nasir bin Megat Hashim yang telah dilantik sebagai Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Melaka mulai 16 Mei 2010 yang lalu.
Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Maklumat (sebelum dinaik taraf ke Sektor), Ketua Penolong Pegawai PPD Jasin dan juga Pengetua di SMK Durian Daun, Melaka. Tahniah En Megat! Untuk mencatatkan sesuatu kepada beliau sila catatkan di Buku Pelawat di
|
Warga PPD Jasin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YM Tuan Haji Raja Abdullah bin Haji Setapa, Pengelola Cemerlang Pendidikan Islam PPD Jasin, dan Tuan Hj Mohd Rashid Bin Dogol, Guru Besar Sk Bukit Senggeh, Melaka kerana telah menerima Anugerah Pengarah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini. Untuk mencatatkan sesuatu kepada mereka berdua sila catatkan di Buku Pelawat di
|
23 Mei 2010, Melaka Internasional Bowling Center (MIBC) telah diadakan Perlawanan Bowling Piala Exco Pelajaran Negeri Melaka. PPD Jasin 1 telah meraih tempat Ketiga daripada 11 pasukan yang bertanding. Johan dimenangi oleh PPD Melaka Tengah dan Naib Johan dari JPN. Prestasi pemain-pemain Bowling dari PPD Jasin yang semakin baik telah membantu peningkatan yang memberangsangkan ini. Terima kasih kepada warga Jasin yang telah memberi sokongan kepada para pemain. Semoga para pemain dapat mengekalkan prestasi agar kedudukan ini dapat dikekalkan untuk perlawanan yang akan datang.
|
Tahniah diucapkan kepada Tn Hj Abbas b Aman yang telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Kanan di Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Melaka. Tn Hj Abbas yang sentiasa positif dan proaktif sebelum ini merupakan Penyelia di Unit Pengurusan Sekolah PPD Jasin. Kami di PPD Jasin mengucapkan selamat maju jaya kepadanya yang sentiasa komited dalam memberikan segala bentuk kerjasama. Tahniah diucapkan dan untuk mencatatkan sesuatu kepada beliau sila catatkan di Buku Pelawat di
|
Setulus hati seikhlas budi. Selamat bersara diucapkan kepada Guru Besar SK Chinchin, En Borhan b Hasan pada tengahari tadi. Majlis turut dihadiri oleh YB Mohamad Hidhir Abu Hasan (ADUN Merlimau) Tn Hj Abd Rahman b Majid, En Mohammad Isa b Jolan, En Abdullah b Khamis dari JPN Melaka. Turut hadir adalah guru besar daerah Jasin dan beberapa rakan guru besar dari daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah. Seluruh warga PPD Jasin mengucapkan selamat bersara dan semoga sihat bersama isteri tercinta, anak-anak dan cucu kepada beliau! Terima Kasih Cikgu!
|
Pada 4 Februari 2010 Daerah Jasin telah menerima lawatan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Razak. Bagi meraikan kehadiran beliau, beberapa sekolah telah diarah menyediakan pelajar untuk berbaris di sepanjang laluan ke Jeti Pantai Siring. Unit HEM,PPD Jasin ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kepada warga SMK Seri Mahkota,SK Pulai,SJKT Ladang Serkam SJKC Kwang Hwa kerana menjayakan program ini.
Sumber – Ketua Unit PPK PPD Jasin
|
Majlis tersebut telah diadakan pada 11 Januari 2010 pukul 8.00pg di tapak perhimpunan sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Matsah bin Hj. Othman (Kaunselor Pentadbir PPD Jasin) mewakili PPD Jasin. Seramai 16 orang murid telah menerima sijil dan lencana masing-masing. Tahniah diucapkan.
|
Pasukan Golf MSKPPM negeri Melaka telah memperolehi naib johan dalam acara berpasukan Gross. En. Md Nasir b. Md Deni (PPD Jasin) telah mendapat tempat ke-4 dan Tn.Hj.Zakaria b. Md Amin (IPPM Melaka) tempat ke-5 peringkat kebangsaan kali ke-37 di Kota Kinabalu, Sabah dari 18 hingga 24 Disember 2009.
|
Seluruh warga PPD Jasin merakamkan ucapan takziah kepada En. Yahya b Hashim - Pegawai Maklumat dan ICT PPD Jasin, dan seluruh keluarga beliau di atas pemergian bonda beliau ke rahmatullah pada hari Khamis 03 Disember 2009 yang lalu. Diharap beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin. Al Fatihah buat Allahyarhamah.
|
Pertandingan tersebut telah diadakan pada 21 November 2009 di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kluang, Johor.Tahniah kepada peserta dari Jasin yang mewakili negeri Melaka ke Pertandingan tersebut dalam kategori masing-masing. 1. NurHidayatul Nadhirah binti Hj. MatSah-SK Ayer Baruk (Emas) 2. Amir Wafiq Aizatt bin Kamaruddin - SRA JAIM Selandar (Emas) 3. Rabiatul Adawiyah binti Yunus - SRA JAIM Selandar (Emas) 4. Muhd Aqil Muqri Yunus - SRA JAIM Selandar (Perak) 5. Shafiq Husaini Sanusi - SJKC Chiao Chee (Gangsa) 6. Shahmi Husaini Sanusi - SJKC Chiao Chee (Gangsa) 7. Afiq Aiman Hj. Hassan - SK Selandar (Gangsa) 8. Asyraf Hakimie Mohd Shafiee - SK Selandar (Gangsa). Syabas!!!...
|
Bulan Julai merupakan bulan membaca. Bermacam aktiviti diadakan khas untuk guru dan murid-murid. Sekolah Kebangsaan Sempang dengan kerjasama Perpustakaan Desa Pengkalan Samak telah menjemput Pn Beghum Ulfhat Shehnaaz bt Amir Razli selaku Timbalan Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia untuk memberi ceramah yang bertajuk ‘Guru Pemangkin Budaya Membaca’.
|
Sektor Psikolgi & Kaunseling (PsK) JPM & PPD telah mengadakan program tersebut di SK Air Baruk (Siri 3) pada 29 Januari 2009 (Khamis) dari pukul 11.00pg hingga 4.00ptg. Penglibatan guru & staf sangat menggalakkan.Semoga segala ilmu dan input yang diperolehi dapat digunakan dalam kehidupan seharian ke arah produktiviti dan kecemerlangan diri. Syabas...(Sumber: Hj. MatSah bin Hj. Othman Unit PsK PPD Jasin)
|
Kolaborasi Minggu Antidadah dan Minggu Bahasa SMK Nyalas telah berlangsung dengan cemerlang. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Aisyah bt. Aman, Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jasin manakala Majlis Penutup telah disempurnakan oleh En. Yusof b. Ahmad, Pegawai Pelajaran Daerah Jasin. Terima kasih atas kesudian kedua-dua tetamu atas kehadiran mereka. Semoga program ini akan menjadi pendorong kepada para pelajar mengecapi kejayaan dalam bidang akademik mahupun sahsiah.
|
Program ini disertai oleh pemimpin pelajar Tingkatan 2 seluruh Malaysia di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Jumlah peserta adalah seramai 356 orang. Antara pengisian program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pemimpin pelajar tentang bahaya gejala negatif terutama penyalahgunaan dadah. Semoga program ini dapat memberi panduan dan manfaat terutama kepada pemimpin pelajar apabila balik ke sekolah nanti.
|
Kursus tersebut telah diadakan dari 5 hingga 7 April 2009 di Hotel Seri Malaysia Mersing, Johor. Kursus anjuran Sektor Psikologi dan Kaunseling (PsK) JPM telah dibantu oleh ketiga-tiga Kaunselor Pentadbir di PPD melibatkan 60 orang guru kanan disiplin sekolah rendah Negeri Melaka. Yang Berbahagia, Cik Hajah Juliah binti Haji Leman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka telah menutup dengan rasminya kursus tersebut. Tahniah kepada semua peserta, semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat digunakan dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Syabas.
|
Mesyuarat anjuran Sektor Psikologi dan Kaunseling tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pembangunan JPM pukul 2.30 petang 31 Mac 2009. Mesyuarat pembinaan modul disiplin ini bertujuan memberikan beberapa kemahiran kaunseling kepada guru disiplin dalam menangani disiplin dan salahlaku pelajar di sekolah.
|
Tahniah kepada semua peserta kursus kerana terpilih pada Kursus Sahabat PPDa Petronas Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2009. Sekalung terima kasih juga kepada semua fasilitator yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang. Semoga kursus ini dapat menambahkan kekuatan jati diri kepada peserta kursus iaitu terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar sekolah masing-masing.
|
Program tersebut di atas telah diadakan dengan jayanya pada 26 Mac 2009 (Khamis) dari 11.00pg hingga 4,00ptg di SK Tedong, Jasin Melaka. Tahniah di atas penglibatan semua guru dan staf serta warga sekolah SK Tedong. Penceramah Motivasi kali ini ialah En. Muhammad Isa Bin Jolan, Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling, JPN Melaka. Semoga segala ilmu dan input yang diperolehi dapat digunakan dalam kehidupan seharian dalam membantu diri dan rakan setugas.
|
Program Jurulatih Sahabat PPDa-Petronas Sekolah Menengah telah diadakan di Anjung Tasik, Durian Tunggal Melaka. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 dan 4 menghadiri program ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk membentuk pelajar-pelajar ini menjadi Jurulatih Pembimbing Rakan Sebaya di peringkat negeri nanti. Tahniah kepada barisan fasilitator yang diketua oleh Cikgu Muhaidin, Cikgu Rahim, Cikgu Mat Shah, Cikgu Ungku Safiah, Cikgu Tan Ai King, dan Cikgu Zurinah yang berjaya memimpin pelajar-pelajar ini. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam menjalankan aktviti-aktivit yang disediakan mengambarkan kejayaan guru-guru bimbingan dan kaunseling mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar ini.
|
Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola ini telah diadakan di Putrajaya pada 3 Mac 2009. PPD Jasin akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Khas Pengurusan Pendidikan Pegawai Pelajaran Daerah Kebangsaan Kali Ke-10. Seramai 200 orang Pegawai Pelajaran Daerah dan Pegawai KPM serta urusetia mesyuarat akan berkampung di Melaka pada 10-13 Mac 2009. Semoga mesyuarat ini akan berlangsung dengan baik dan lancar.
|
Kursus anjuran Bahagian Psikologi dan Kaunseling (Kaunseling Komuniti) KPM telah diadakan dari 2 hingga 4 Mac 2009 di Institut Latihan Putra, KL. Penyertaan terdiri daripada Pembantu Tadbir dan Pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga segala ilmu dan input yang diperolehi dapat digunakan dalam kehidupan seharian di samping membantu rakan serta komuniti lain.
|
Kursus Induksi anjuran KPM tersebut telah diadakan dari 19 hingga 28 Februari 2009 bertempat di Hotel Grand Continental, Melaka. Slot Dinamik Kumpulan telah dikendalikan oleh Tn. Hj. MatSah Bin Hj. Othman, Pegawai Psikologi & Kaunseling PPD Jasin, Melaka. Seramai sembilan puluh orang peserta telah menyertai kursus tersebut.
|
Kursus tersebut telah diadakan dari 24 hingga 26 Februari 2009 bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kursus anjuran Bahagian Psikologi Dan Kaunseling melibatkan Pegawai di Kementerian, Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling setiap negeri dan Kaunselor Pentadbir setiap daerah,
|
Kursus ini telah diadakan di Hotel Midah, Kuala Lumpur untuk pentadbir sekolah (GPK1) dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris sekolah-sekolah rendah di negeri Melaka bermula pada 23-27 Februari 2009 mengikut kumpulan yang ditetapkan. Sekolah-sekolah di daerah Jasin termasuk di dalam kumpulan ke 3 dan ada sebanyak 44 buah sekolah yang terlibat. PPD Jasin telah diwakili oleh Cik Hjh Noora bt Abu Bakar.
|
Kursus tersebut sedang dijalankan dari 21 hingga 31 Oktober 2009 bertempat di Mayang Sari Resort, PD, Negeri Sembilan. Tn. Hj. MatSah Bin Hj. Othman dari PPD Jasin telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Slot "Dinamika Kumpulan".
|
Seluruh warga PPD Jasin mengucapkan selamat bersara dan selamat berbahagia disamping keluarga tercinta kepada mantan Guru Besar SK Air Baruk, Pn. Hjh Zainun bt Hj. Omar. Majlis persaraan beliau telah diadakan pada 5 Februari 2009 di dewan sekolah SK Air Baruk dan ia telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Pelajaran Melaka, Tn. Hj. Isa bin Hj. Abu bersama Tn. Zainal bin Aman dan juga Pegawai Pelajaran Daerah Jasin, En. Yusof bin Ahmad.
|
11 April 2009, 3 buah sekolah penganjur bersama iaitu SK Air Baruk, SK Jasin dan SMK Datuk Bendahara telah menjadi tempat pertandingan iaitu: Melukis Poster, Deklamasi Sajak, ePPDa, Boria, Dikir Barat dan Nasyid. Terima kasih kepada semua warga sekolah tuan rumah bersama. Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada semua hakim dan AJK kerja yang telah sama-sama menjayakan karnival ini. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :
|
Pihak Jemaah Nazir telah mengadakan lawatan ke PPD Jasin pada 28 Januari 2009. Lawatan ini bertujuan untuk memantapkan lagi kecemerlangan terutama di bidang akademik di Daerah Jasin. Banyak perkara telah dibincangkan oleh kedua-dua pihak dalam pertemuan tersebut. Pihak Jemaah Nazir juga menyatakan bahawa ada beberapa sekolah Daerah Jasin yang akan dipantau secara berkelompok selama lima hari bekerja penuh dan lawatan bertema. Warga PPD Jasin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Jemaah Nazir yang sudi bertandang ke tempat kami. Semoga usaha-usaha yang baik ini akan meningkatkan lagi kecemerlangan terutama sekolah-sekolah di Daerah Jasin. Terima Kasih.
|
Mesyuarat Kurikulum Daerah Sekolah Rendah peringkat daerah Jasin tahun 2009 telah diadakan pada 23 Januari 2009 yang lalu di PPD Jasin, jam 2.45 petang. Semua guru besar sekolah-sekolah rendah di dalam daerah Jasin telah hadir di mesyuarat tersebut. Tahniah dan terima kasih diucapkan.
|
Kumpulan Jasin.kom yang mewakili JPM telah berjaya mengatasi nama-nama besar dalam Konvensyen KMK 2008 anjuran KPM. Antara nama besar berkenaan iaitu Kumpulan Pacu Maju dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kumpulan IAB dari Institut Aminuddin Baki dalam kategori Pengurusan.
Walaupun tidak berjaya memperolehi Anugerah KMK KPM, Anugerah KSU KPM dan Anugerah KMK Menteri Pelajaran, Jasin.kom telah dinobatkan sebagai antara 5 pasukan .....
|
PPD Jasin telah mewakili Jabatan Pelajaran Melaka di dalam konvensyen pada kali ini. Konvensyen diadakan bermula daripada 19 Oktober 2008 hingga 22 Oktober 2008 di Hotel Pearl International, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Nama kumpulan yang digunakan oleh PPD Jasin ialah Jasin.kom. Semoga kumpulan KMK yang terbaik dapat mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pertandingan KMK peringkat kebangsaan antara agensi kerajaan nanti anjuran MAMPU. Amin
|
Kursus tersebut telah diadakan pada 18.10.2008 (Sabtu) bertempat di Bilik Komputer SK Batu Gajah dari pukul 8.00pg hingga 2.00ptg. Ceramah bertajuk "Etika Kerja" dan "Integriti Dalam Pendidikan" telah disampaikan oleh Tn. Hj. MatShah bin Hj. Othman, Pegawai Kaunseling & Keutuhan PPD Jasin. Seramai 40 orang warga sekolah telah terlibat dalam kursus ini. Tahniah dan syabas...
|
Kami di PPD Jasin mengucapkan selamat bersara kepada En Zolkapli bin Ibrahim (Pembantu Tadbir Kewangan) yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang sepanjang perkhidmatannya. Beliau merupakan sumber rujukan mengenai hal-ehwal kewangan di PPD Jasin dan seluruh sekolah di kawasan ini. En Zolkapli juga seorang yang ceria dan suka berjenaka akan mula bersara secara rasmi pada 10 September 2008 ini. Walau bagaimana pun, pada Jumaat 29 Ogos 2008 yang lalu merupakan tarikh akhir perkhidmatannya memandangkan beliau akan menghabiskan cuti rehat selepas itu.
Untuk mencatatkan sesuatu kepada beliau sila catatkan di Buku Pelawat di 
|
Kursus tersebut telah diadakan pada 18 Ogos 2008 (Isnin) di SK Kemuning dari 8.00pg hingga 5.00ptg. sasarannya ialah semua guru dari kedua-dua buah sekolah iaitu SK Kemuning & SK Tebong. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Pegawai Kaunseling & Keutuhan dari PPD Jasin, Tn. Hj. MatShah Bin Hj. Othman dan Pegawai Kaunseling & Keutuhan dari PPD Alor Gajah. Tahniah!!!, kepada En. Abd. Latif bin Jaba, GB SK Kemunig & Pn Low Chyen Bee, GB SK Tebong kerana mengambil bahagian yang aktif serta semua peserta kerana anda telah memberikan komitmen yang diharapkan. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat digunakan dalam kehidupan seharian ke arah kecemerlangan & produktiviti diri sendiri dan sekolah.
|
Kursus tersebut telah diadakan di SK Alai pada 16 Ogos 2008 (Sabtu) dari 8.00pg hingga 2.00 ptg. Sasaran peserta adalah guru-guru dari kedua-dua buah sekolah iaitu SK Alai & SK Bendahara Seri Maharaja. Kursus tersebut telah dijalankan oleh Pegawai Kaunseling & Keutuhan dari PPD Jasin iaitu Tn Hj. MatShah Bin Hj. Othman.
|
Kursus tersebut telah bermula dari 14 - 28 Ogos 2008 (2 minggu) bertempat di Hotel Putra KL & Hotel Gold Coast Klang. Ia adalah anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. JPN Melaka telah diberi penghormatan untuk mengendalikan Kursus tersebut. Tahniah kepada peserta dari daerah Jasin. Semoga anda dapat menamatkan kursus dengan jayanya & lulus peperiksaan akhir kursus dengan cemerlang.
|
Ceramah tersebut telah diadakan di Bilik Komputer pada 19 Julai 2008 dari pukul 8.00pg hingga 2.00ptg. Tahniah!, kepada semua warga sekolah kerana telah menunjukkan komitmen yang cemerlang. Semoga segala maklumat & pengalaman yang diperolehi dapat dijadikan panduan ke arah perkhidmatan yang cemerlang.
|
Tahniah!!!..... kepada warga sekolah kerana telah berjaya menjalani kursus perasa yang dibuat secara dalaman pada 12 Julai 2008 yang lalu. Komitmen dan kerjasama anda semua telah membuat kursus tersebut berjalan dengan lancar. Tahniah kepada Pn Kamariah (Guru Besar) & para pentadbir sekolah kerana sama-sama ikut serta dalam kursus tersebut.
|
Tahniah diucapkan kepada Tn Hj Hamzah b Mohd Taib yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Khas Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK). Surat perlantikan daripada Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia berkuatkuasa 1hb Jun 2008. Beliau yang sentiasa positif dan proaktif merupakan Penolong PPD bagi Pencegahan Dadah di PPD Jasin ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Untuk mencatakan sesuatu kepada beliau sila catatkan di Buku Pelawat di 
|
AL Fatihah kepada mantan Tuan PPD Tn Hj Mohamad Yamin b Haji Baba yang telah pulang ke Rahmatullah pada malam tadi jam 11.00. Beliau bersara mulai bulan Mac 2006. Allahyarham berasal dari Kg Tehel dan sekarang menginap di Bukit Baru Melaka. Seluruh warga PPD Jasin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Al Fatihah dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.
|
11 September, 6.00 petang bertempat di SM Tahfiz Chenderah Program Bacaan Yassin, Berbuka Puasa dan Solat Hajat Perdana PPD Jasin 2009 telah diadakan untuk calon-calon PMR, SPM dan STPM serta mendoakan kejayaan calon UPSR yang barakhir pada 10 September lepas. Tetamu Kehormat Tuan Haji Isa b. Haji Abu, Pengarah Pelajaran Melaka telah sudi hadir bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan pada program tersebut. Terima kasih atas sokongan dan kesudiaan Tuan Pengarah. Terima Kasih juga kepada semua warga PPD, Pengetua, Guru Besar, guru-guru, begitu juga warga SM Tahfiz sebagai tuan rumah program pada tahun ini. Semoga segala usaha yang baik ini dirahmati, diberkati dan diberikan kejayaan kepada para pelajar di Daerah Jasin.
|
Pertandingan tersebut telah diadakan di Mahkota Parade, Melaka pada 28hb. Julai 2010. Tahniah kepada semua peserta dan guru-guru yang terlibat dalam memastikan kejayaan murid-muid mereka. Syabas!...
|
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Stres pada 5hb. Oktober 2009 bertempat di Dewan Tun Fatimah, IPGM KPM. Tn. Hj. MatSah bin Hj. Othman (PPD Jasin), En. Mozaimi (Kerajaan Negeri Melaka) dan Tn. Hj. Sulaiman Mohd Yassin (Kaunselor Cemerlang STAM) telah menyampaikan ceramah masing-masing.
|
Semua Pegawai dan Staf PPD Jasin telah menghadiri Kursus MS ISO 9001:2008 PPD Jasin Hubungan Perancangan Strategik dengan KPI dan Prosedur Kawalan (PK) di Tropical Inn Johor Bahru pada 15 hingga 17 Oktober 2009.
|
Sambutan yang diadakan pada 12 Oktober 2009 yang lalu disempurnakan oleh Tuan Haji Isa b Haji Abu, Pengarah JPN Melaka. Majlis yang turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Sektor JPN Melaka ini mengumpulkan seluruh keluarga warga PPD Jasin. Majlis ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pegawai dan Staf PPD Jasin. Tahniah kepada seluruh jawatankuasa tersebut. Untuk melihat koleksi gambar, sila ke
Koleksi Gambar
|
Kursus ini telah dihadiri oleh semua Guru Kaunseling Sekolah Menengah Daerah Jasin bermula pada 8 - 10 Oktober 2009 di City Villa Kuala Lumpur. Kursus ini sangat penting untuk tujuan Guru-guru Kaunseling membantu pihak sekolah dalam mengenal pasti / menangani masalah yang dihadapi oleh para pelajar di sekolah masing-masing melalui kajian tindakan yang akan dilaksanakan nanti. Semoga kejayaan kursus ini memberi impak/faedah cemerlang terutama kepada para pelajar nanti. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En. Yusof b. Ahmad, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Jasin.
|
Mesyuarat Pemurnian Soalan Akhir Tahun Pendidikan Islam Daerah Jasin telah selesai dijalankan pada 7 Oktober 2009
|
Kursus ini telah dihadiri oleh semua Guru Kaunseling Sekolah Menengah Daerah Jasin bermula pada 8 - 10 Oktober 2009 di City Villa Kuala Lumpur. Kursus ini sangat penting untuk tujuan Guru-guru Kaunseling membantu pihak sekolah dalam mengenal pasti / menangani masalah yang dihadapi oleh para pelajar di sekolah masing-masing melalui kajian tindakan yang akan dilaksanakan nanti. Semoga kejayaan kursus ini memberi impak/faedah cemerlang terutama kepada para pelajar nanti.
|
Tahniah kepada En Yusof b Ahmad yang menyambut harijadi yang ke 56 semalam. Majlis ringkas sambutan diadakan selepas mesyuarat kewangan di PPD Jasin. Majlis pada jam 6.00 petang semalam dihadiri oleh hampir semua pegawai dan staf PPD Jasin. Semoga panjang umur dalam menjalani ibadah dan murah rezeki dari kami. Untuk mencatatkan sesuatu kepada Tuan PPD catatkan di Buku Pelawat di 
|
Tahniah diucapkan kepada Ustaz Muhammad Sani b Bidin yang dilantik sebagai Penyelia Maklumat dan ICT di Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka mulai 16 September 2009. Turut bersama-sama dengan beliau yang akan ke Sektor Pendidikan Islam (SPIJPM) ialah Ustaz Norhisham b. Miswan - Penyelia SAR KAFA (DGA32), Ustaz Abd. Latif b. Jabar - Penyelia Kanan Penempatan dan Pertukaran (DGA34), Ustazah Shamsiah bt. Mahmood - Penyelia Kanan Pengurusan Murid (DGA34), Ustaz Kamaruzzaman b. Md. Isa - Penyelia Pendidikan Islam Teras (DGA32) dan Ustazah Pawziah bt. Ali - Penyelia Dakwah dan Kepimpinan (DGA32). Untuk mencatatkan sesuatu kepada mereka sila catatkan di Buku Pelawat di 
|
Tahniah kepada Cik Marlina bt Izuan Shah dan En Nor Hazrin b Hashim yang akan berkhidmat di PPD Jasin mulai 01 Oktober 2009. Mereka yang menjawat jawatan Pembantu Tadbir N17 sebelum ini berkhidmat di Unit Perkhidmatan JPN Melaka. Kami di PPD Jasin mengucapkan selamat datang dan maju jaya kepada mereka berdua dan selamat bersama-sama berkhidmat di sini. Untuk mencatatkan sesuatu kepada mereka sila catatkan di Buku Pelawat di
|
Tahniah! SK. Merlimau 1 kerana telah terpilih mewakili Negeri Melaka ke Pertandingan Bilik BOSS Peringkat Kebangsaan Kategori SK. Penghakiman telah dilaksanakan oleh Panel Kebangsaan pada 29 September 2009. Terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh warga sekolah ini. Selamat Maju Jaya.
|
Tahniah kepada Ustaz Zaabar b Abu Bakar di atas kenaikan pangkat ke Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka. Beliau akan menjawat jawatan Penyelia Kanan Dakwah dan Kepimpinan Gred DGA34. Kami di PPD Jasin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan merasakan kehilangannya di sini. Semoga beliau terus cemerlang di SPI nanti. Tahniah sekali lagi untuk Ustaz. Untuk mencatatkan sesuatu kepada beliau sila catatkan di Buku Pelawat di
|
Kursus ini berlangsung pada 28-30 April 2009 di Kem Modal Insan Sg. Rambai. Seramai 80 orang perserta dari sekolah menengah daerah Jasin telah mengikuti kursus tersebut. Terima kasih kepada fasilitator yang dapat hadir pada kursus kali ini. Semoga para pelajar yang telah mengikuti kursus ini akan menjadi PRS cemerlang apabila balik ke sekolah nanti.
|
Seluruh warga PPD Jasin merakamkan ucapan takziah kepada En. Nasir bin Husin - pegawai ICT PPD Jasin, dan seluruh keluarga beliau di atas pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah pada hari Khamis 27 Ramadan 1430H yang lalu. Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.
Al Fatihah buat allahyarham.
|
Program tersebut telah diadakan di SK Selandar pada 9 April 2009 dari 11.00pg hingga 4.00ptg. Program anjuran Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPM ini dibantu oleh Kaunselor Pentadbir PPD. Tahniah kepada semua warga sekolah kerana telah memberikan kerjasama yang diharapkan.
|
Selamat berangkat menunaikan Ibadah Umrah kepada Cik Hajah Noora bt Abu Bakar yang akan pergi pada lusa 10 September 2009 dan dijangka pulang 24 September 2009. Kami seluruh warga PPD Jasin mendoakan agar beliau selamat pergi dan kembali dengan mendapat umrah yang mabrur. Amin
|
PPD Jasin telah dikunjungi oleh Auditor dari SIRIM
untuk Pemantauan Pematuhan MS ISO 9001:2008 pada pagi ini. Pn Ailee Tiong dari SIRIM diiringi oleh En Mohd Ibrahim b Azeez dari Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor dan juga disertai oleh En Mohd b Janis dari JPN Melaka. Seluruh warga PPD Jasin mengucapkan selamat datang kepada auditor yang bertugas. Semoga PPD Jasin terus hebat dan cemerlang. Syabas PPD Jasin. Untuk mencatatkan ucapan sila catatkan di Buku Pelawat di
|
Sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan Jasin.kom yang telah meraih tempat ke 3 untuk Kategori Pengurusan di dalam Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan pada 20 Ogos 2009 di Taman Budaya, Ayer Keroh. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato' Azizan bin Hamid, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Untuk mencatatkan sesuatu kepada pasukan ini sila catatkan di Buku Pelawat di
|
Sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan Jasin.kom yang telah meraih tempat ke 3 untuk Kategori Pengurusan di dalam Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan pada 20 Ogos 2009 di Taman Budaya, Ayer Keroh. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato' Azizan bin Hamid, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
|
PPD Jasin telah mewakili Jabatan Pelajaran Melaka di dalam konvensyen pada kali ini. Konvensyen diadakan pada 20 Ogos 2009(Khamis) di Panggung Seri, Taman Budaya. Air Keroh Melaka. Nama kumpulan yang digunakan oleh PPD Jasin ialah Jasin.kom. PPD Jasin menyertai konvensyen ini dalam kategori pengurusan. Turut sama dalam konvensyen pada kali ini ialah dari Unit Pentadbiran, Unit Kerajaan Tempatan dan Lembaga Perumahan Melaka, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka, Sekolah Henry Gurney Melaka, Akademik Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara Melaka, Jabatan Imigresen Malaysia Melaka dan Kolej Matrikulasi Melaka. Bagi Kategori Teknikal pula terdiri dari Penjara Pra Bebas Dusun Dato’ Murad, Penjara Bandar Hilir Melaka dan Hospital Alor Gajah. Kumpulan KMK yang terbaik dapat mewakili Negeri Melaka dalam Konvensyen KMK peringkat kebangsaan yang dijangka akan berlangsung di Perak Darul Ridzuan. Amin.
|
Mantan Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Melaka, Tuan Haji Rosti bin Mistam (Pengetua SMK Datuk Bendahara, Jasin) telah dimasukkan ke wad ICU, Hospital Melaka baru-baru ini.
Beliau mengalami demam setelah balik dari Sarawak akhir Jun lalu dan dimasukkan ke Hospital Jasin. Melihat keadaannya yang agak membimbangkan, Hospital Jasin telah memindahkan beliau ke Hospital Melaka beberapa hari kemudian. Sehingga pagi ini beliau masih di Unit ICU, Hospital Melaka. Semoga kita semua dapat mendoakan beliau agar sembuh seperti sediakala. Amin.
|
Turut menerima anugerah Johan ePPDa dari SMK Munshi Abdullah iaitu : Nur Shida Samsudin, Nurul Syafa Othman, Nurhafiqah Norazlan. Pada tahun ini negeri Melaka memperolehi 2 Johan daripada 8 kategori yang dipertandingkan. Warga PPD dan Sekolah daerah Jasin mengucapkan tahniah, atas kejayaan mereka. (Gambar-gambar akan dimasukkan kemudian)
|
Mesyuarat ini telah diadakan pada 28 Mei 2009 di Hotel Seri Costa jam 2.45 petang. Terima kasih kepada semua AJK yang telah menjayakan Karnival PPDa Peringkat Negeri Melaka Tahun 2009
|
Sebanyak 12 buah sekolah rendah terlibat dengan program ini di SK Batu Gajah pada 23 Mei 09. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Manan b. Umar, Ketua Unit PPDa, JPM. Turut hadir En. Loh Chee Cheong Pegawai PPDa JPM, En. Mohd Sani b. Hj. Osman Penolong PPD dan En. Fuad b. Ali. Tahniah sekolah tuan rumah, SK Batu Gajah.
|
Tahniah kepada sekolah yang berjaya!!!
Penghakiman Sudut/Lorong Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Jasin 2009 ini telah diadakan pada 7 dan 8 Mei 2009. Sebanyak 5 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah berjaya ke peringkat akhir. Setelah Panel Hakim meneliti, maka para panel sebulat suara telah memilih pemenangnya seperti berikut :
Kategori sekolah rendah : Johan – SK Pulai, Naib Johan – SK Merlimau 2 dan Ketiga – SK Serkam Darat.
Kategori sekolah menengah : Johan – SMK Tun Perak, Naib Johan – SMK Datuk Bendahara, Ketiga – SMK Dang Anum.
Semua sekolah di atas akan mewakili Daerah Jasin ke Peringkat Negeri Melaka.
|
Pertandingan ePPDa sempena Karnival ini telah dijalankan di makmal komputer SK. Jln Datuk Palembang. Sebanyak 6 buah sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mewakili daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Keputusan penuh akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih
|
Ceramah dan aktiviti RIMUP tersebut telah diadakan pada 13 April 2009 di SMK Sg Rambai. Tn. Hj. MatSah Bin Hj. Othman telah menyampaikan ceramah RIMUP iaitu " Perpaduan Asas Kekuatan" dengan dibantu oleh guru-guru Kaunseling sekolah yang "Komited" iaitu Pn. Norfaizzan bt Madam, Pn. Norhana bt Md. Sahi dan juga tidak lupa kepada 2 orang Guru Kaunseling yang sedang menjalani latihan kaunseling (UPM): Pn. Chai Shau Wei dan Pn. Sik Poh Keng). Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dengan program ini.
|
Mesyuarat Pemurnian Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Kali ke-2 2009 telah selesai dijalankan pada 14 Oktober 2009 pukul 2.15 di SK Serkam Darat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Abdullah Suhaimi bin Jaafar Penyelia Pendidikan Islam Daerah Jasin.Semua soalan telah diupload ke dalam Portal PPD Jasin.
|
Tahniah dan selamat bertugas kepada En Abdullah Suhaimi b Jaafar yang menggantikan Ustaz Zaabar b Abu Bakar yang dinaikkan pangkat ke Jabatan Pelajaran Melaka. Beliau sebelum ini bertugas di SK Kesang Tua mula berkhidmat di PPD Jasin mulai 16 September 2009 sebagai Penyelia Agama PPD Jasin. Seluruh warga PPD Jasin mengalu-alukan kedatangannya ke sini. Untuk mencatatkan sesuatu kepada beliau sila catatkan di Buku Pelawat di
atau email ke abdullahsuhaimi@ppdjasin.edu.my
|
|
|