Para peserta kursus diberi pendedahan tentang tatacara menjalankan tugas sebagai warden trafik dengan berkesan. Sekolah-sekolah yang ada menjalankan program warden trafik ini telah diberikan 1 set peralatan untuk kegunaan warden trafik yang ditugaskan menjaga anak-anak sekolah melintas di jalan raya.Set peralatan tersebut terdiri dari kot, topi, sarung tangan dan kasut putih, beserta papan tanda berhenti, bendera merah, jaket pantulan cahaya, baju hujan dan wisel. Adalah diharapkan agar sekolah-sekolah yang berkenaan akan benar-benar memanfaatkan segala ilmu dan alatan yang diterima untuk memastikan keselamatan kita dan anak-anak didik di sekolah sentiasa diutamakan.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) yang bertanggungjawab ke atas program ini mengharapkan agar kursus ini memberi lebih pendedahan kepada pihak sekolah dalam memastikan keselamatan anak-anak kita apabila mereka melintas jalan. Program Warden Trafik Sekolah ini adalah dibawah penyeliaan Unit HEM di PPD Jasin.