PPD Jasin
 
Laman Utama
 
BERITA PENUH

:: Tajuk Berita




































































































































































































































































































































SK Jasin Terbitkan Majalah Mutiara. -

JASIN- Sekolah Kebangsaan Jasin cipta sejarahnya tersendiri apabila muncul sekolah kebangsaan pertama dalam daerah Jasin menerbitkan majalah sekolahnya tersendiri. Majalah yang diberi nama Mutiara menjadi kebanggaan seluruh warga SK Jasin telah disempurnakan perasmian pelancarannya oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Jasin baru-baru ini.[Sumber: SK Jasin]

Dalam ucapan perasmian tersebut Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Jasin En Jumat Bin Lani memuji langkah menerbitkan majalah sekolah ini kerana dapat memberi ruang kepada murid-murid mengembangkan karya dan kreativiti masing-masing. Selain itu pihak sekolah dapat melaporkan segala aktiviti sekolah untuk makluman penjaga murid. Beliau juga merasa bertuah apabila ada sekolah rendah didalam daerah Jasin ini mampu menerbitkan majalah sekolahnya sendiri kerana kelazimannya majalah sekolah hanya diterbitkan di sekolah menengah sahaja. Beliau mengharapkan usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ianya secara tidak langsung akan menjadi sebahagaian daripada nostalgia murid-muid apabila meninggalkan sekolah nanti. Menurut katanya lagi ada sebhagian tokoh penerbitan Negara mula menulis cerpen bermula dari sekolah rendah lagi seperti Datuk Johan Jaafar. Hadir sama pada majlis perasmian tersebut Guru Besar SK Jasin Ahamad Bin Othman dan guru-guru. Sementara itu Guru Besar SK Jasin berkata majalah Mutiara ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana majalah ini akan menjadi identiti sekolah. Beliau mengucapkan penghargaan kepada Jawatankuasa Majalah Mutiara dan guru-guru kerana telah berusaha dengan cemerlangnya bagi menerbitkan majalah ini.Beliau mengharapkan murid-murid akan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan majalah ini dan pada masa akan datang murid-murid bolehlah menghantar karya yang dicipta untuk majalah akan datang.


©2007 Unit ICT PPD Jasin