| Mesyuarat Kurikulum Sekolah Menengah Daerah Jasin Kali 1/2012 |
Mesyuarat seperti di atas akan diadakan pada ketetapan yang berikut:
Tarikh : 30 Januari 2012 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Jasin
Semua pengetua dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Sila lihat surat di siaran online atau buka emel sekolah masing-masing. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan dalam hal ini amat dihargai.
Terima kasih. |
| (Sumber : Unit Pengurusan Akademik PPDJ) |
| |
| Surat Pekeliling ICT Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bilangan 1 Tahun 2011 |
Kepada Pengetua dan Guru Besar,
Sila ambil MAKLUM dan TINDAKAN segera bagi sekolah berkaitan yang masih belum mengambil tindakan dengan Surat Pekeliling ini bagi tujuan melaksana Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia di semua agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Lampiran A hendaklah disimpan di sekolah, manakala Lampiran B dihantar ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Melaka.
Harap maklum dan terima kasih |
| (Sumber : Mohd Nasir b Husin) |
| |
| Garis Panduan Pemasangan 1Bestarinet Untuk Sekolah |
Bersama-sama ini saya sertakan garis panduan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah sebelum, semasa dan selepas pemasangan 1Bestarinet disekolah. Sila muatturun pada siaran online minggu semasa. Terima kasih. |
| (Sumber : Mohd Nasir b Husin) |
| |
| Pemantauan dan Penilaian Anugerah PIBG Kebangsaan, Peringkat daerah Negeri Melaka (16 Januari Hingga 16 Februari 2012) |
Kepada,
Pengetua & Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Jasin.
Sila muat turun surat berkenaan di siaran on-line portal PPD Jasin.
Sekian, terima kasih.
|
| (Sumber : Unit Perhubungan, JPM) |
| |
| SENARAI NAMA PELAJAR RMT FORMAT TERBARU |
PERHATIAN KEPADA GPK HEM SEKOLAH-SEKOLAH TERSENARAI
SK - SK SUNGAI RAMBAI, SJK C PARIT KELILING dan SRA MERLIMAU PASIR
Sila hantar senarai nama penerima RMT format terbaru dengan segera pada atau sebelum 27/1/2012 supaya pihak sekolah mendapat peruntukan kewangan yang secukupnya.
Terima kasih. |
| (Sumber : En. Zainuddin b. Abdullah) |
| |
| SALINAN LPNT 2011 |
Semua Guru Besar,
SK,SJKC & SJKT Daerah Jasin.
Sila hantar wakil untuk mengambil salinan LPNT (Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 2011) untuk Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran di Unit Pentadbiran PPD Jasin.
|
| (Sumber : En. Mohd Nordin, Unt Pentadbiran) |
| |
| PENGHANTARAN PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011 DAN DISKET PATSKOM BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JASIN |
Kepada,
Semua Guru Besar dan Pengetua,
Daerah Jasin,
Diminta pihak sekolah untuk menghantar terus penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan disket ke Pejabat Audit Sekolah sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Mac 2012 dan satu salinan hendaklah dihantar ke Unit Kewangan PPD Jasin. Bagi Penyata Kewangan yang lewat dikemukakan untuk pengauditan, sekolah tersebut boleh dikenakan Sijil Audit Berteguran. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Terima kasih.
|
| (Sumber : Unit Kewangan PPD Jasin) |
| |
| MAKLUMAT PELUPUSAN (HARTA ALIH/TIDAK ALIH) |
Kepada Semua Pentadbir Sekolah (Menengah & Rendah)
Daerah Jasin.
Proses pelupusan harta yang hendak dilaksanakan pada tahun ini ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak.Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Terima kasih. |
| (Sumber : Unt Pentadbiran, PPD Jasin) |
| |
|
Info EMIS - Terkini
18 Januari 2012
04.00 petang.
PESANAN PENTING DRP EPRD/KPM:
Sila buka eMail sekolah masing-masing dengan
SEGERA. Sila cetak untuk diambil TINDAKAN dan
sila bawa semasa Bengkel Verfikasi Data Januari
2012 di Sek. Keb. Kemendor pada 1, 2 dan 3 Feb.
Sekian,
Terima kasih |
| (Sumber : YAHYA HASHIM - Unit Maklumat PPD Jasin) |
| |
| PENGEMASKINIAN MAKLUMAT SENARAI NAMA e-KASIH |
PERHATIAN KEPADA PENGETUA DAN GURU BESAR
Bahagian Kewangan KPM telah menyenaraikan nama-nama pelajar yang bakal mendapat Bantuan Persekolahan tahun 2012.(Sila buka peti email sekolah).
TINDAKAN
1. Semak dan kemaskini maklumat
2. Pastikan nama dan kod sekolah diisi atau diperbetulkan.
3. Nombor KP atau sijil lahir murid adalah tepat
4. Sila gunakan SMM sebagai bahan rujukan
Setelah siap sila email semula kepada zainuddin@ppdjasin.edu.my pada atau sebelum 10 Feb.2012
Terima kasih.
|
| (Sumber : En. Zainuddin Abdullah) |
| |
| PERMOHONAN KWAPM TAHUN 1 DAN TINGKATAN 1 SERTA TERCICIR |
PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU BESAR DAN PENGETUA
a) Sila buka mailbox sekolah
b) Cetak Borang Permohonan dan serahkan kepada pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 yang layak.
c) Setelah Borang tersebut dikumpul, jalankan Mesyuarat Pemilihan bersama JKBS untuk memutuskan pelajar yang layak.
d) Taipkan senarai nama pelajar di Borang Selengkap
e) Taipkan rumusan permohonan di BRP.
f) Borang Selengkap diemail dan dicetak 3 salinan saiz A4 ke PPDJ
g) Borang BRP diemailkan ke PPDJ
h) Alamat email zainuddin@ppdjasin.edu.my
Tarikh akhir penghantaran ialah 3 Februari 2012.
Terima kasih.
|
| (Sumber : En. Zainuddin b. Abdullah) |
| |